Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
California menapis sebahagian besar bahan apinya sendiri namun masih bergantung kepada import minyak mentah. Negeri itu mempunyai kapasiti menapis kira-kira 200,000 tong bahan api jet sehari.
Transcript
00:00California, negeri dengan ekonomi terbesar di Amerika Syarikat, menyaksikan stok bahan api jetnya merosot lebih 25% daripada paras tertinggi
00:09tahun lalu kepada tahap terendah sejak 2023.
00:13Ia susulan perang di Asia Barat yang berlarutan sehingga mengganggu bekalan minyak global.
00:22Berdasarkan data suruhan jaya tenaga California, stok bahan api jet negeri itu berjumlah 2.6 juta tong minggu lalu menurun
00:30daripada lebih 3.6 juta tong pada paras tertinggi tahun lepas.
00:35California menapis sebahagian besar bahan apinya sendiri namun masih bergantung kepada import minyak mentah.
00:42Negeri itu mempunyai kapasiti menapis kira-kira 200,000 tong bahan api jet sehari.
00:47Pada 2025, sebanyak 61% bekalan minyak mentah ke loji penapisan California datang daripada sumber luar negara,
00:55manakala sekitar 23% diperoleh dari dalam negeri itu sendiri, menurun daripada 35% lima tahun lalu.
01:03Bekalan yang semakin berkurangan turut menjejaskan rancangan perjalanan musim panas pada pelancong di tengah-tengah kekurangan global.
01:10Ini termasuk pembatalan penebangan dan kenaikan tambang.
01:14Pakar menjangkakan keadaan itu juga berpotensi menjejaskan rancangan individu yang ingin ke Los Angeles bagi menghadiri Piala Dunia 2026 yang
01:23bermula pada Jun.
01:25Kedudukan California yang agak terasing daripada rangkaian saluran pipe nasional menjadikannya lebih terdedah kepada kekurangan bekalan bahan api.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
Comments

Recommended