00:00Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin tampil dengan gagasan reset bagi memperkukuh Perikatan Nasional atau PN.
00:08Langkah ini dibuat walaupun wujud gesaan supaya parti baru yang bakal dipimpinnya tidak diterima menyertai gabungan itu.
00:16Ahli Parlimen Indra Mahkota Saifuddin Abdullah berkata peranan Hamzah di peringkat nasional masih relevan.
00:24Menurutnya, Hamzah kini mengetuai platform penggerak payung Melayu yang turut disertai pelbagai tokoh dengan Mahathir Mohamad sebagai penasihat.
00:35Saifuddin menjelaskan walaupun Hamzah bukan lagi ketua pembangkang, beliau masih aktif mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak,
00:42ini termasuk pemimpin politik, NGO, golongan profesional dan akademi.
00:48Usaha itu bertujuan memperkukuh PN serta merangka agenda perpaduan dan pembangunan negara.
00:56Namun, Presiden Bersatu Mahidin Yassin dilaporkan tidak bersetuju jika Hamzah menyertai PN.
01:02Beliau menegaskan keputusan menerima ahli baru perlu dipersetujui semua parti komponen gabungan itu.
01:10Menurut Saifuddin, gagasan riset membawa visi membina Malaysia yang lebih baik.
01:16Ia berasaskan prinsip memperbaiki kelemahan, mengukuhkan yang baik dan memperbaharui sistem sedia ada.
01:24Pelaksanaannya bergantung kepada kemenangan dalam PRU-16 sebagai membolehkan PN membentuk kerajaan yang stabil.
01:32Zahra Alam, ya Shair FMT.
Comments