00:00Polis menahan 58 individu dalam serbuan ke atas sebuah pusat operasi sindiket penipuan Love's Camp yang menyasarkan lelaki warga Singapura
00:10di Tanah Merah pada Rabu.
00:12Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Mamad berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan pada 4.30 petang itu terdiri daripada
00:2053 lelaki dan 5 wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun
00:26membabitkan 56 warga asing serta 2 warga tempatan.
00:33Katanya daripada jumlah itu 49 lelaki warga Cina, seorang lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki warga Myanmar, India dan
00:43Pakistan
00:43manakala wanita pula ia membabitkan seorang warga tempatan, seorang warga Myanmar dan 3 warga Cina.
00:50Muhammad Yusuf berkata, premis di sebuah resort yang disewa sindiket tersebut telah dijadikan pusat panggilan khusus untuk menjalankan aktiviti penipuan
00:59berkenaan.
00:59Sindiket itu menyasarkan lelaki warga Singapura dengan menyamar sebagai wanita yang dipercayai dari Indonesia bagi memperdaya emosi mangsa.
01:09Modus operani mereka ialah dengan menghantar mesej syarawak seperti hi sebelum menjalankan hubungan melalui aplikasi WhatsApp tanpa sebarang panggilan video
01:19dan seterusnya memperdaya mangsa untuk tujuan mendapatkan wang.
01:23Dalam serbuan itu, polis merampas 46 unit komputer, 5 komputer riba, 118 telefon bimbit serta 8 unit penghala dengan nilai
01:32keseluruhan dianggarkan berjumlah RM179,000.
01:36Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Kesiksaan.
01:42Kesemua suspek telah direman selama 4 hari bermula pada Khamis bagi membantu siasatan lanjut.
Comments