00:00Keputusan PKR untuk tidak bertanding di kawasan lemah dilihat bukan sekadar strategi, tetapi tanda dilema dalaman parti.
00:10Penganalisis berkata PKR kini antara mahu menang atau menutup kelemahan sendiri.
00:16Menurut pengarah executive Ilham Center, Nisamuddin Bakar, langkah ini menunjukkan PKR perlu lebih realistik, terutama di kawasan majoriti Melayu.
00:27Katanya parti perlu nilai kekuatan jentera dan sokongan sebelum menuntut kerusi.
00:33Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan hanya kawasan dengan jentera kuat dan keahlian aktif akan dipertimbangkan.
00:42Cadangan dari bahagian lemah tidak akan diberi keutamaan.
00:46Namun pengunduran dari kawasan tertentu boleh beri peluang kepada Perikatan Nasional untuk mengukuhkan pengaruh.
00:53Ini kerana sokongan pengundi Melayu masih belum banyak beralih kepada PKR.
00:59Sementara itu Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata strategi ini boleh dedahkan kelemahan dalaman parti.
01:09Jika PKR terus fokus kawasan bandar, mereka bersikur semakin jauh daripada pengundi Melayu luar bandar.
01:17Zahar Alam Yaya Syahir, FMT
Comments