00:00Penganalisis politik memberi amaran kepada Jeffrey Kitingan bahawa langkah membawa keluar Parti Solidarity Tanah Airku daripada gabungan rakyat Sabah boleh menyebabkan partinya berpecah dua.
00:13Lee Kut-Tiong dari Universiti Malaysia Sabah menjangkakan sebagian besar pemimpin dan ahli star lebih cenderung untuk kekal bersama gabungan pemerintah negeri itu.
00:22Lee turut mempersoalkan masa Kitingan mengemukakan kata putus kepada GRS sedangkan partinya selama ini selesa bekerjasama dalam gabungan tersebut.
00:32Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu turut bersetuju malah meragui sama ada Kitingan akan mendapat sokongan penuh enam adun star untuk meninggalkan GRS.
00:42Katanya Kitingan mungkin mahu bergantung kepada gelombang sentimen Sabah First dengan membawa naratif menolak campur tangan semenanjung namun bergerak solo adalah cabaran besar.
00:55Awang Azman menabah tidak mustahil star bergerak solo dalam PRN tetapi kembali bekerjasama dengan GRS selepas keputusan diumumkan sebagai langkah taktikal untuk meraih sokongan mereka yang tidak bersetuju dengan pakatan bersama PH.
01:10Zahar alam ya ya syahir FMT
Comments