Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan mengiktiraf biodiesel sebagai bahan api alternatif paling sedia dilaksana, dengan persetujuan meningkatkan adunan kepada B15 secara berperingkat bagi memperkukuh bekalan diesel dan mengurangkan kesan krisis tenaga global.
Transcript
00:00Biodiesel dilihat sebagai sumber bahan api alternatif yang praktikal bagi menangani cabaran krisis tenaga global.
00:07Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh berkata biodiesel lebih praktikal pada masa ini kerana ia boleh terus digunakan dalam sistem
00:15diesel sediada,
00:16khususnya bagi sektor pengangkutan logistik, pertanian dan perkhidmatan.
00:21Fakta semasa menunjukkan negara berada pada kedudukan yang membolehkan langkah ini dipercepat.
00:30Pada tahun 2025, pengeluaran biodiesel Malaysia berjumlah 975,207 ton metrik, sedangkan kapasiti pengeluaran mencecah 2.36 juta ton metrik.
00:47Ini menunjukkan bahawa asas industri, rantaian bekalan dan keupayaan campuran telahpun tersedia dan hanya perlu dipekukuh secara tersusun untuk memberi
01:00manfaat yang lebih besar kepada negara.
01:03Dalam pada itu, kerajaan terus bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12 tanpa melibatkan
01:14sebarang kos tambahan dan hanya menggunakan infrastruktur pengadunan biodiesel sediada.
01:20Kerajaan berpandangan penggunaan biodiesel akan dapat memanjangkan lagi ketersediaan bekalan diesel negara.
01:49disokong dengan pelan mitigasi biobahan api, naik taraf depo B20 dan B30 secara berfasa di bawah RMK ke-13, serta
02:00persediaan ke arah mandat B30 bagi sektor pengangkutan komersial dan awam.
02:06kita juga akan mengadakan libat urus bersama pihak Oil Industry Technical Committee ataupun OITC bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan
02:18teratur.
Comments

Recommended