00:00Harga bahan api dan baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh panjang, walaupun aliran perkapalan melalui selat hormus disambung semula.
00:08Ia berikutan rantaian bekalan yang terjedas dan kelewatan dalam memulihkan aliran komuniti global.
00:13Hamaran itu dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Kumpulan Bank Dunia.
00:20Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga institusi itu berkata kesan perang Asia Barat adalah besar, bersifat global dan sangat tidak
00:30seimbang dengan pengimport tenaga, khususnya negara berpendapatan rendah, terjejas sebagaimana dilaporkan Anadolu Agensi.
00:39Gangguan itu telah mendorong kenaikan harga minyak, gas dan baja sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap ketujaminan makanan serta kehilangan pekerjaan.
00:49Sebahagian pengeluar di rantau itu turut mengalami kerugian besar dalam hasil ekspor.
00:54Menurut kenyataan itu, laluan selat hormus belum pulih dan walaupun ia disambung semula, bekalan global bagi komoditi utama dijangka mengambil
01:04masa untuk pulih ke paras sebelum konflik.
01:07Kenyataan itu menegaskan kekurangan input kritikal akibat gangguan bekalan boleh merebak ke sektor tenaga, makanan dan sektor lain.
01:15Sementara pemindahan paksa, kelemahan pasaran pekerjaan serta kemerosotan sektor pelancongan dan perjalanan juga dijangka mengambil masa untuk pulih.
01:26Institusi berkenaan berkata mereka akan terus menyelarah sokongan kepada negara anggota serta memantau kesan perang itu terhadap pasaran tenaga dan
01:35ekonomi global.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments