Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pendigitalan membolehkan penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih mudah diakses dan cekap, di samping mengurangkan kos serta meningkatkan ketelusan kewangan.
Transcript
00:00Usaha memperkukuh takbir urus dan kualiti institusi dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam mempercepat proses pemformalan ekonomi dalam kalangan anggota
00:09kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC.
00:12Penganalisis kanan unit sokongan dasar APEC Emanuel E. San Andres berkata, laporan terkini memberi penekanan kepada kepentingan dasar pemformalan serta
00:21pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan oleh pelbagai ekonomi APEC.
00:27Jelas Emanuel, tiga objektif utama antaranya termasuk melalui pendigitalan.
00:43Beliau berkata demikian pada sesi taklimat dalam talian berhubung laporan dasar ekonomi APEC 2025 pada selasa.
00:50Emanuel menambah penggunaan teknologi digital membuka peluang unik untuk mempromosikan pemformalan ekonomi.
00:58Pendigitalan membolehkan penyampaian berkhidmatan kerajaan menjadi lebih mudah diakses dan cekap, disamping mengurangkan kos serta meningkatkan ketelusan kewangan.
01:07Objektif kedua pula memberi tempuan kepada memastikan pekerja dan usahawan memiliki keupayaan untuk memanfaatkan peluang dalam ekonomi formal.
01:18Ini termasuk peningkatan kemahiran agar mereka kekal berdaya saing dalam ekonomi global yang semakin berkembang.
01:25Manakala objektif ketiga ialah memastikan pemformalan ekonomi memberikan manfaat yang lebih besar berbanding kos yang perlu ditanggung.
01:34Ekonomi formal merujuk kepada bahagian ekonomi yang diiktiraf sepenuhnya, dikawal selia dan dipantau oleh kerajaan.
01:41Ia khususnya dalam bidang seperti undang-undang kontrak, undang-undang syarikat, percukaian dan undang-undang buruh.
01:47In some cases, the only feasible venue for
Comments

Recommended