Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera keluarga angkatnya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun 9 bulan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan keluarga angkatnya dalam kejadian
00:09di kampung Banggol, Katong, Kuala Terengganu.
00:11Susulan itu, polis telah menahan 3 ahli keluarga angkat mangsa, iaitu 2 lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 50
00:18tahun bagi membantu siasatan.
00:21Penahanan ketiga-tiga suspek itu dibuat susulan laporan daripada pegawai perubatan klinik kesihatan Bukit Payong, Marang pada Isnin.
00:30Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Muhammad Nur berkata, mangsa dibawa ke klinik dalam keadaan tidak sedarkan diri.
00:37Katanya hasil pemeriksaan mendapati tiada pernafasan, tiada bacaan oksigen, tiada reaksi anak mata dan tiada degupan jantung.
00:45Azli berkata hasil pemeriksaan fizikal pula mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada beberapa bahagian badan termasuk dada kiri, kedua
00:54-dua paha serta betis kanan mangsa.
00:56Jelasnya terdapat juga tanda bengkak dan gelembung air yang menunjukkan kemungkinan berlakunya jakitan kuman ke atas mangsa.
01:03Hasil berdasiasat mendapati punca kematian adalah komplikasi iskimia anggota badan akut dipercayai berpunca daripada kecederaan patah tulang paha yang menekan
01:14otot dan salur darah utama.
01:15Azli memaklumkan ketiga-tiga sospek yang berusia 30 hingga 50 tahun itu kini direman selama 6 hari bermula selasa hingga
01:2419 April ini bagi membantu siasatan.
01:27Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau
01:37penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Comments

Recommended