Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
AWANI Borneo Isnin 13 April 2026 bersama Jasmine Abu Bakar

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:37Terima kasih kerana menonton!
01:11Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!
01:43Media Filipina baru-baru ini melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.3 juta liter diesel dari Malaysia telah
01:53dihantar ke negara itu.
01:54Sekaligus menambah bekalan bahan apinya ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.
02:05Kerajaan berdepan dengan cabaran besar mempersiapkan rakyat menghadapi kemungkinan kesan konflik global terutama krisis tenaga.
02:11Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendekatan paling sukar pada ketika ini adalah mengimbangi mesej kepada rakyat
02:20supaya bersikap realistik dan tidak panik.
02:25Jadi cabaran kepada kerajaan terutama dari segi strategi komunikasi ialah kita nak mempersiapkan rakyat untuk menerima hakikat, the pain is
02:36coming.
02:38Tapi kita tak mahu rakyat panik. Pada masa yang sama, kita pun tak mahu rakyat komplesen.
02:45So macam mana nak olah? Nak buat macam mana?
02:50Beliau berkata demikian ketika berucap sempena himpunan bulanan kementerian dalam negeri di Putrajaya pada Isnin.
02:58Beliau mengakui keadaan semasa memerlukan pendekatan komunikasi yang amat berhati-hati kerana kerajaan tidak boleh dilihat mengambil sikap selesa
03:06ketika risiko gangguan bekalan tenaga semakin meningkat.
03:10Kita letakkan dulu asasnya. Yang pertama apa dia?
03:14Kita akan sedaya upaya memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat supaya dia jangan terasa impak kepada konflik ini.
03:27Impak apa? Kenaikan harga misalnya. Putus bekalan misalnya.
03:33Yang itu isu besar.
03:34Yang kedua adalah dari segi kestabilan ekonomi. Ini dua fokus utama kerajaan.
03:41Tambah beliau, pendekatan paling sesuai ketika ini adalah bersikap berterus terang dengan berkongsi maklumat sebenar berkaitan cabaran bekalan serta kemungkinan
03:50kenaikan harga pada masa hadapan.
03:55Sementara itu kerajaan menumpukan penguatkuasaan kepada kira-kira 170 stesen minyak berhampiran sepadan yang dikenalpasti berisiko tinggi berbanding lebih 4
04:04,000 stesen minyak di seluruh negara.
04:07Dato' Sri Saifuddin berkata pendekatan bersasak itu selari dengan strategi baru penguatkuasaan yang lebih berfokus bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan
04:15api.
04:19Pertama, define dulu apa maksud penugasan.
04:24Akta mana nak digunapakai.
04:27Pasukan mana yang kita nak deploy.
04:32Kemudian kita mesti work smart lah.
04:35Kita bukan nak jaga 4,000 stesen minyak tak.
04:37Kita nak jaga 80 campur 90, 170 stesen minyak dekat dengan sempadan.
04:43Saya nak syurkan, dapatkan maklumat tepat daripada Kementerian Keuangan dan KPDN tentang volume jualan setiap stesen minyak dekat dengan sempadan.
04:53Kalau nilai jualan itu mencana tak masuk akal, tak munasabah, zoom in situ terus.
04:58Tingkatkan pengawasan dekat situ.
05:01Itu maknanya work smart based on data.
05:04Dan data mesti dikongsi oleh Kementerian yang berkenaan.
05:09Sebab tugas kita, tugas membantu.
05:11Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri KDN pada Isnin.
05:17Saifuddin menegaskan, strategi baru itu dilaksanakan secara work smart berasaskan data bagi memastikan sumber penguatkuasaan digunakan secara optimum dan tidak
05:26terbazir.
05:27Beliau berkata, data jualan daripada Kementerian Keuangan MOF serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup KPDN
05:33akan dimanfaatkan bagi mengenalpasi sesin minyak yang mencatatkan jumlah jualan luar biasa.
05:39Tambah beliau, perkongsian maklumat antara agensi amat penting bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.
05:47Beliau berkata, pendugasan tambahan itu akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standar SOP yang jelas supaya anggota polis memahami skop tanggungjawab
05:56masing-masing.
05:59Isu banjir yang sering melanda tebing Sungai Sarawak sejak kebelakangan ini akan mendapat ditangani selepas projek pembangunan lembangan Sungai Bersepadu
06:07PLSB Sungai Sarawak siap sepenuhnya pada tahun 2027.
06:11Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata projek tersebut dilaksanakan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
06:20Petra dengan nilai keseluruhan sebanyak RM191 juta.
06:27Projek berkenaan melibatkan beberapa komponen utama termasuk rancangan terbatang banjir RTB Sungai Gersik dan Sungai Sinjan serta kerja mendalam dan
06:36melebarkan Sungai Tengah dan Sungai Minjab di Matang.
06:39Yang kedua kita pergi ke kampung untuk projek lembangan Sungai Bersepadu di mana ianya tujuan untuk juga mengurangkan kejadian banjir
06:53di kampung Sinjan dan juga di kampung Gersik dan kemudian seterusnya di
07:05untuk program itu kita melawat juga di Kota Sundosa, RTV Kota Sundosa dan seterusnya di setakan ini.
07:14Secara keseluruhan projek PLSB Sungai Sarawak dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 22,600 penduduk serta melindungi kawasan seluas 130
07:25hektare daripada risiko banjir.
07:28Fadilah berkata demikian pada sidang media sempena hari kedua jelajah skuad Petra Zon Sarawak 2026 di sekitar Kucing dan Samarahan
07:37pada Isnin.
07:41Pada semua pihak perlu memberi keutamaan kepada projek mendesak dan boleh dilaksanakan dengan segera dan memberi manfaat cepat kepada rakyat.
07:49Tegas Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur ia khususnya melibatkan projek di bawah institusi pendidikan dan hospital.
07:56Menurutnya berdasarkan laporan My Project, Sabah menerima peruntukan RM6.59 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-13 meliputi 1,233 projek
08:07atau program.
08:11Peruntukan itu jelasnya menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan bagi memastikan Sabah terus maju seiring dengan hasrat kerajaan Madani dan
08:21SMJ 2.
08:22Beliau dalam masa sama mahu pemantauan lebih kerap kepada projek pembangunan yang dilaksanakan agar tidak berlaku kelewatan.
08:30Manakala sebarang isu dan masalah pelaksanaan projek perlu diteliti serta dirujuk kepada saluran yang tepat seperti agensi pusat yang berkaitan
08:39dan kerajaan negeri jika terdapat masalah seperti peruntukan, isu tanah dan utiliti.
08:44Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seriano Ibrahim semasa mesyuarat pembangunan daerah Kota Kinabalu pada 15 Mac 2006 telah memberi penekanan
08:54kepada pelaksanaan segera projek kecil yang bersifat mudah disiapkan yang boleh memberi impak segera kepada rakyat.
09:01Ketua Menteri berkata dalam hala tujuh Sabah Maju Jaya SMJ 2 juga fokus kerajaan negeri masih tertumpu pada tiga sektor
09:09utama iaitu sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan.
09:14Haji Ji berkata pelaporan berkaitan projek-projek yang tertangguh dalam mesyuarat adalah penting bagi memastikan isu-isu pelaksanaannya dapat diselesaikan
09:23dalam tempoh masa yang ditetapkan.
09:25Beliau berkata demikian semasa mempengurusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri MTPNG di Menara Kinabalu pada Isnin.
09:37Kepala dan bulu burung kenyalang dikenalpasti sebagai antara produk hidupan liar yang paling mahal dan diminati oleh pemburu dan pedagang
09:46hidupan liar di Sarawak.
09:48Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pertabiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Saleh berkata, kedua-dua ini memiliki nilai
09:56yang tinggi di pasaran kerana permintaannya tinggi untuk perubatan tradisional, alat hiasan dan juga hiasan mewah.
10:04Kenyalang lah awal lampang, awal lampang kenyalang yang paling mahal sekali dan all of them are bearable dari segi wang
10:13ringgit tetapi yang bearable ialah dari segi peranan kehidupan liar dan untuk melestarikan alam sekitar.
10:20Jadi wang ringgit memanglah kenyalang, kenyalang itu yang berharga memang berharga mahal.
10:26Kalau kita lihat dari segi penekapan yang kita buat pada hari ini masih terkawal tapi maklumlah we cannot expect to
10:34control 100% tapi yang penting ialah dari segi pendidikan yang melibatkan komuniti, yang melibatkan KMKK kita dan juga agensi
10:47-agensi pekerjaan yang lain.
10:50Sejak 2023, Perbadanan Perhutanan Sarawak SFC telah berjaya merampas 194 helmet dan 4,744 buru-bulung kenyalang dalam pelbagai operasi
11:01yang dijalankan.
11:02Kesemua rampasan ini bernilai RM1.5 juta dengan kes disiasat di bawah Ordinan Pelindungan Hidupan Lia Sarawak 1998 yang membawa
11:13kepada pemenjaraan setahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.
11:18Lentalef ditemui media selepas mewakili Premier Sarawak menyampaikan watikah pelantikan ranger komuniti dan melakukan flag off operasi bersepadu kazanah tahun
11:292026.
11:34Masa raya itu dia memang ada cakap lah. Dia cakap kita bergambarlah dulu dia bilang sebab dah pasti lagi dia
11:43dapatkah tahun depan atau tidak.
11:46Lepas itu dia memang selalu cakap juga. Dia bilang kalau saya ni, dia bilang saya tidak mahu sakit lama-lama,
11:52saya tidak mahu susahkan anak bini saya, dia cakap.
11:57Bila itu tadi pesanan akhir mangsa serangan gajah di Lahad Datu Abdul Rahman Hakim kepada anaknya.
12:04Kata anak mangsa Maslang Abdul Rahman yang menjadi saksi kejadian ngeri tersebut.
12:08Tiada apa yang dapat diungkapkan apabila melihat sendiri kejadian gajah memijak bapa tersayang di hadapan mata.
12:17Maslang yang juga mengalami kecederaan pada kaki akibat diserang gajah tersebut memberitahu kejadian berlaku dengan pantas dan dia hampir dipijak
12:26selepas tunduk memeluk bapanya ketika gajah itu ingin menyerang semula.
12:30Yang kami terserempak dengan gajah itu. Jadi gajah itu dia berpusing di kereta, terus dari belakang dia kejar.
12:40Saya punya bapak teriaklah, dia bilang lari nak, kami larilah. Kami lari tapi saya punya bapak didapat.
12:47Jadi memang masa itu dia terus dipijaklah bagian kaki. Memang dia tidak dapat bergerak sudah.
12:53Jadi masa saya tengok itu saya cuba alih perhatian gajah itu supaya dia tidak terus etek dengan beliau kan.
12:59Jadi saya teriak, saya panggil gajah itu. Jadi masa saya panggil itu gajah itu tengok saya, dia kejar saya.
13:06Jadi dia tinggalkan sudah beliau. Dia kejar saya, saya lari dia tak dapat.
13:10Lepas itu dia patah balik, dia pergi etek kereta lagi.
13:13Lepas itu saya lari pergi tempat beliau lah, saya mau ajak beliau lari.
13:17Tapi bilang beliau kakinya patah, dia tak dapat bergerak sudah.
13:20Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, Ahad, mangsa Abdul Rahman Hakim berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia.
13:29Selepas mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang kaki, petis dan tulang rusuk dan disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba
13:38di hospital.
13:39Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya berusia 38 tahun sedang menutup pagar kebun sawit mereka.
13:47Maslang ditemui di kediamannya di kampung Asam Lahat Datu semasa menunggu jenazah ayahnya,
13:53menjalani proses berdasiasat sebelum dibawa pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan sanak saudara.
14:03Bila laporan itu tadi mengakhiri Awani Bonio untuk malam ini, saya Jaspina Wupaka teruskan bersama kami.
14:09Assalamualaikum, kita jumpa lagi.
Comments

Recommended