00:00Kebuntuan rundingan gencatan senjata dalam konflik Asia Barat terus berlarutan apabila perbincangan antara Amerika Syarikat dan Iran masih tidak mencapai
00:10penyelesaian.
00:11Ini sekaligus menyebabkan situasi geopolitik di rantau itu kekal tidak menentu dan terus dilanda ketegangan.
00:19Usaha diplomatik yang digerakkan setakat ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung isu utama seperti sekatan ekonomi dan pembangunan persenjataan.
00:29Kesan paling ketara kepada dunia adalah risiko gangguan bekalan tenaga global khususnya situasi di silat hormus terus terjejas akibat langkah
00:39sekatan terbaru dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.
00:43Laluan ini mengendalikan sebahagian besar penceraraan minyak dunia dan sebarang ketidakstabilan boleh menyebabkan lonjakan harga minyak mentah kepada dunia.
00:53Selain itu ketidaktentuan berpanjangan turut menjejaskan pasaran kewangan antarabangsa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.
01:04Ia sekaligus memberi tekanan kepada pertubuhan ekonomi global serta meningkatkan risiko inflasi di banyak negara.
01:12Dalam masa sama ketegangan ini berpotensi mencetuskan perlumbaan senjata baharu di peringkat antarabangsa serta meningkatkan risiko konflik lebih besar hingga
01:22menuntut campur tangan diplomatik lebih agresif bagi mengelakkan krisis keselamatan global yang lebih serius.
01:32Meskipun fasa gencatan senjata antara Amerika, syarikat Israel dan Iran masih berkuat kuasa buat masa ini namun dengan perkembangan terbaru
01:42serta rundingan yang buntu ketika ini
01:44persoalan besar yang sudah tentu bergelar apa seterusnya? Adakah genjatan senjata yang memasuki hari kelima mampu bertahan sehingga dua minggu?
01:56Dan apakah langkah Donald Trump untuk menyekat laluan di silat hormus membawa kepada konflik lebih besar di Asia Barat dan
02:04tidak berpenghujung?
Comments