Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Situasi tersebut ujar firma penyelidikan berkenaan, sekali gus meningkatkan risiko tekanan kos dan kelewatan projek dalam sektor pembinaan akibat daripada kesan tidak langsung rantaian industri.
Transcript
00:00Kenaikan mendadak harga diesel melebihi 200% sejak Februari 2026 kini jadi ancaman utama kepada marjin keuntungan kontraktor tempatan.
00:09Menurut firma penyelidikan TA Securities, situasi ini meningkatkan risiko tekanan kos dan kelewatan projek dalam sektor pembinaan akibat daripada kesan
00:18tidak langsung rantaian industri.
00:21Harga diesel meningkat daripada RM2.15 selita awal Februari 2026 kepada RM6.72 selita pada minggu lalu dan ini susunan
00:32konflik Asia Barat yang mengganggu laluan minyak global di Serat Hormuz.
00:35Selain bahan api, harga bahan binaan turut meningkat dengan semen mencatat kenaikan 9.1% tahun ke tahun dan kongkrit
00:44siap campur naik 7.9% didorong kos tenaga dan logistik yang tinggi.
00:50Menurut firma itu, keadaan jadi lebih mencabar selepas kerajaan memasukkan subsidi diesel bagi lori jenis tipe menyebabkan kontraktor kini terdedah
01:00sepenuhnya kepada harga pasaran semasa.
01:02Ujah TA Securities, kontraktor berdepan risiko penyusutan margin khususnya bagi kontrak harga tetap yang menyukarkan kenaikan kos dipindahkan untuk diserapkan
01:12kepada pelanggannya.
01:14TA Securities turut memberi amaran tekanan berpanjangan menyebabkan kelewatan projek, peningkatan kos lebihan serta risiko penalti lewat siap terutama dalam
01:23kalangan kontraktor kecil.
01:24Selain itu, persekitaran kos tinggi berpotensi memperlahankan pelaksanaan projek infrastruktur dan pembangunan hal tanah apabila kerajaan serta pemaju mengambil pendekatan
01:34yang lebih berhati-hati.
01:36Justeru, firma penyelidikan tersebut menyifatkan cadangan kerajaan untuk mengaktifkan mekanisme kepelbagaian harga bagi bahan binaan dilihat mampu membantu kontraktor dalam
01:46mengurangkan tekanan kos.
Comments

Recommended