Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Hezbollah mendakwa melancarkan puluhan serangan roket dan dron ke atas sasaran tentera Israel di selatan Lubnan, utara Israel dan Bukit Golan. Israel setakat ini belum mengulas dakwaan tersebut.
Transcript
00:00Pejuang Lubnan Hezbollah mendakwa telah melancarkan 43 serangan terhadap posisi tentera Israel di selatan Lubnan dan utara Israel pada Ahad.
00:09Hezbollah berkata serangan yang menggunakan roket dan drone itu menyasarkan tentera Israel yang berada di dalam dan sekitar beberapa bandar
00:17di selatan Lubnan termasuk Qiyam, Al-Bayada, Bin Jebel, Taibih dan Syama.
00:26Kumpulan itu turut mendakwa menyerang kedudukan Israel di beberapa bandar di utara Israel antaranya Kiryat Shmona, Bargaliot, Avivim dan Metullah
00:35serta sasaran di Bukit Golan, Syria yang diduduki Israel.
00:39Selain kawasan penempatan, Hezbollah berkata ia menyasarkan beberapa berek dan pangkalan tentera Israel.
00:45Antara lokasi yang disebut termasuk pangkalan di Al-Alikah, Baid Hillel, Mount Neria, Filon, Yiftah dan Dishon.
00:52Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengesahkan atau mengulas secara terperinci mengenai dakwaan tersebut.
00:59Ketegangan di sepanjang sepadan Lubnan-Israel terus meningkat dengan kedua-dua pihak melaporkan serangan rentan sepadan secara hampir setiap hari
01:07sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended