Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Tentera Laut negara itu akan memulakan sekatan di Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan ketegangan selepas rundingan panjang dengan Iran gagal mencapai persetujuan menamatkan konflik.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum tentera laut negara itu akan memulakan sekatan di Selak Hormuz
00:05sekaligus meningkatkan ketegangan selepas sebuah pendingan panjang dengan Iran gagal mencapai persetujuan menambahkan konflik.
00:12Trump kata tindakan akan diambil terhadap mana-mana kapal di perairan terbangsa yang membayar tol kepada Iran
00:18selain memulakan operasi memusnahkan periuk api yang didakwa dipasang oleh Tehran di laluan strategi itu.
00:27Beliau turut memberi amaran keras bahawa mana-mana pihak yang menyerang kapal Amerika Syarikat atau kapal awam
00:33akan berdepan tindakan ketenteraan.
00:35Sebagai tindak balas, pengawal revolusi Iran memberi amaran bahawa kehadiran kapal tentera di selak berkenaan
00:40akan dianggap sebagai pelanggaran gecata-sejata dan akan ditangani secara tegas.
00:46Speaker Parlimen Iran Mohd Bakir Khalibaf menegaskan ancaman terbaru Washington tidak akan memberi kesan kepada Tehran
00:52sambil menyatakan negaranya bersedia bertindak balas jika dicabar.
00:57Konflik yang berlarutan selama enam minggu itu dilaporkan telah meragut ribuan nyawa
01:01menggugat ekonomi global dan melonjakkan harga minyak dunia
01:05susulan gangguan laluan di selak hormas yang mengendalikan kira-kira 20% bekalan tenaga global.
01:11Dalam perkembangan berkaitan, Trump malumkan beliau masih percaya Iran akan kembali ke meja rundingan
01:16menyifatkan perbincangan hujung minggu lalu sebagai sangat mesra.
01:20Rundingan yang berlangsung di Islamabad itu merupakan pertemuan langsung pertama
01:24antara Washington dan Tehran dalam tempoh lebih satu dekad dan yang tertinggi
01:29sejak revolusi Islam Iran 1979.
01:32Menurut pegawai Amerika Syarikat, rundingan menemui jalan buntu
01:36selepas penolakan Iran terhadap tuntutan Washington termasuk menghentikan
01:40pegayaan uranium, menutup kemudahan utama nuklear dan menghentikan sokongan
01:45kepada kumpulan pejuang seperti Hamas, Hezbollah dan Houthi.
01:49Dalam masa sama Presiden Iran, Mas'ud Pesirikian menegaskan,
01:53Tehran mahukan perjanjian yang seimbang dan adil sambil menyatakan
01:56kesepakatan masih boleh dicapai sekiranya Amerika Syarikat
02:00kembali mematuhi undang-undang antarabangsa.
02:03Terima kasih.
Comments

Recommended