Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Lelaki warga Pakistan itu ditahan atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Transcript
00:00Polis menasihati orang awam supaya kekal berwaspada susulan seorang orang kena tuduh atau OKT warga Pakistan bolos dari penjara Sungai
00:09Buloh pada Khamis.
00:11Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Muhammad Hafiz Muhammad Noh dalam satu kenyataan berkata,
00:16lelaki itu yang kali terakhir dilihat berpakaian kemeja ti berwarna jingga dan seluar panjang hitam, melarikan diri ketika berada dalam
00:24tahanan reman.
00:26Kejadian berlaku pada 6 petang ketika dalam proses penghantaran OKT berkenaan ke penjara Sungai Buloh sejurus selesai proseding perbicaraannya di
00:34Mahkamah Sya'alam.
00:35Lelaki warga Pakistan itu ditahan atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
00:40Dia disiasat mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Kurungan D dan Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan
00:49Seksyual Terhadap Kanak-Kanak 2017
00:51serta Seksyen 15 Kurungan 1 Kurungan C Akta Imigresen 1959 Palang 63.
00:58Jabatan Penjara Malaysia dalam pada itu memaklumkan bekerjasama rapat dengan polis serta agensi keselamatan lain dalam usaha mengesan serta menahan
01:06lelaki itu.
01:07Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan banduan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor C. Muhendran
01:14atau ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh di Talian Tertera.
Comments

Recommended