Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kementerian Pertahanan merangka pelan menyeimbangkan penempatan anggota ATM antara Malaysia Barat dan Timur pada nisbah 50:50, dengan projek MAWILLA 4 di Kuching sebagai langkah strategik memperkukuh kehadiran di Sarawak.
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan merangka perancangan strategik untuk menyeimbangkan penempatan anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada
00:10nisbah 50-50 dengan projek markas wilayah Laut 4, Mawila 4 di Kuching menjadi antara pemacu utama ke arah itu.
00:19Menterinya Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin berkata ketika ini jumlah anggota di Malaysia Timur masih belum seimbang dengan kira-kira
00:2730,000 daripada keseluruhan, 110,000 anggota ditempatkan di Sabah dan Sarawak berbanding sasaran ideal yang menghampiri jumlah sama antara
00:37kedua-dua wilayah.
00:40Menurutnya, sasaran tersebut telah digariskan dalam perancangan dasar pertahanan negara namun pelaksanaannya memerlukan pendekatan berperingkat.
00:51Sekarang, kita masih lagi sedang berusaha sebab dia bergantung kepada macam-macam lah, maknanya nak buat kem, nak mengalihkan aset
01:01-aset dan sebagainya. Jadi, dia adalah satu proses yang bukannya akan berlaku serta-merta.
01:07Selain aspek pendepatan, beliau menegaskan keseimbangan kekuatan pertahanan turut melibatkan pendepatan aset dan formasi seperti batalion serta division mengikut keperluan
01:18operasi.
01:20Beliau berkata demikian pada sedang media ketika lawatan kerja ke KEM Buara Tuang, Kota Samarahan pada Khamis.
Comments

Recommended