Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kekurangan bekalan bahan binaan dan IBS tempatan serta kos diesel industri yang tinggi menekan pelaksanaan projek Persekutuan di Sabah dan Sarawak, sekali gus melambatkan pembinaan dan meningkatkan kos keseluruhan.
Transcript
00:00Kekurangan bekalan bahan pembinaan di Sabah dan Sarawak menjadi cabaran utama dalam pelaksanaan projek pembangunan persekutuan.
00:08Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan, kekangan itu bukan hanya menjejaskan kelancaran pembinaan, malah menyumbang kepada peningkatan
00:18kos projek.
00:19Menurut Ahmad, kekurangan pembekal tepatan bagi sistem binaan berindustri atau IBS serta bahan binaan kritikal seperti jubin, pintu tahan api
00:30dan sebagainya menyebabkan kedua-dua wilayah masih bergantung kepada bekalan dari Semenanjung.
00:36Situasi itu seterusnya menyebabkan harga meningkat, proses pembinaan menjadi lebih perlahan dan daya saing projek terjejas.
00:44Oleh itu, kami ingin menyeru supaya ada pembekal-pembekal dan pihak industri, pihak swasta yang terlibat untuk membekalkan IBS, Industrialized
00:57Building System, yang kami sangat memerlukan untuk membina bangunan-bangunan.
01:04Kemudian, satu lagi pembekalan daripada Semenanjung seperti tile, fire-rated door, roofing, aluminium frame, AAC block, iron mongres,
01:25saya ulang, tiles, fire-rated door, roofing, aluminium frame, iron mongres, AAC block selain daripada IBS.
01:38IBS dah ada tapi cuma tiga. Yang ini langsung tak ada.
01:45Jadi, kita berharap Sabah dan Sarawak dapat mencari industri player yang ingin membekalkan.
01:55Dalam masa sama, beliau turut menegaskan kenaikan harga diesel industri yang mencecah lebih RM6 selita turut memberi tekanan besar kepada
02:03kos pembinaan, terutama melibatkan pengoperasi ajentera berat dan logistik.
02:08Untuk orang ramai, Sabah dan Sarawak memang RM2.15, satu lisa diesel.
02:17Tetapi untuk industri, Sabah dan Sarawak masih mengikut harga antarabangsa, harga RM6.72 yang dikeluarkan semalam.
02:30Oleh itu, ia juga memberikan tekanan dari segi kos kepada pemain industri di Sabah dan Sarawak.
02:41Dan apabila kerajaan menyekat bekalan hanya 50 liter diesel untuk individu,
02:49atas tujuan supaya tidak disalahgunakan oleh industri, maka kuranglah ketirisan berlaku pada industri.
03:01Saya tidak menyatakan kesalahan ke apakah, tetapi apabila terdesak, maka perkara yang berkaitan itu berlaku.
03:12Jelasnya, sebanyak 87 projek persekutuan sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dengan nilai melebihi RM6.1 bilion merangkumi pelbagai sektor
03:24seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
03:28Kementerian Kerja Raya katanya akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan bagi menangani isu kos dan bekalan
03:35di samping mengelak sebarang pemberhentian pekerja tempatan dalam industri pembinaan.
03:40Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengurusikan taklimat pasukan projek khas 2
03:45sepanjang lawatan kerja Timbalan Menteri Kerja Raya ke pejabat pasukan projek khas 2 JKR di Kuching pada Khamis.
Comments

Recommended