00:00Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi MUSTI melalui bahagian penguasa angkasa BP Angkasa
00:06mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan objek
00:10disyaki serpihan objek angkasa di ruang udara Sarawak pada Selasa.
00:14Dalam kenyataan pada Khamis, MUSTI memaklumkan setakat ini tiada laporan rasmi
00:19mengenai penemuan serpihan tersebut di darat atau perairan.
00:23Jelas MUSTI berdasarkan penelitian awal video tular,
00:27objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa
00:32namun perkesahan lanjut masih dalam siasatan.
00:36Menurut MUSTI lagi, pemantauan sedang dijalankan secara aktif
00:39oleh BP Angkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia, MISA.
00:43Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan
00:48dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999.
00:54Baru-baru ini tular di media sosial.
00:57Kandungan video berdurasi kira-kira 10 saat daripada beberapa warganet
01:01yang mendakwa penampakan objek bercahaya dipercayai jatuh dari langit
01:05sedang melintasi ruang udara sebelum jatuh ke bumi.
Comments