Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Seorang penunggang motosikal yang juga merupakan guru swasta maut selepas terjatuh dan digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya SILK menghala ke Semenyih, pada petang Rabu.
Transcript
00:00Seterusnya seorang guru di sebuah sekolah swasta maut di Gilisrela dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di lebuh raya lingkaran
00:08penyuraian trafik kajang atau silk menghala ke semenyih petang semalam.
00:13Ketua Polis Kajang, Assistant Commissioner Nazrul Abdul Yusof berkata nahas pelaku kira-kira jam 6.30 petang di kilometer 21
00:20.7 lebuh raya itu.
00:25Dalam satu kenyataan, Nazrul memberitahu mangsa berumur 25 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal sebelum impak pelanggaran
00:35tersebut menyebabkan mangsa hilang kawalan.
00:38Mangsa kemudiannya terjatuh ke permukaan jalan sebelum di Gilisrela yang datang dari arah sama.
00:45Impak daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
00:55Manakala penunggang dan pemboncing motosikal yang terlibat dalam pelanggaran tersebut serta pemandu trailer dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:03Menurut Nazrul, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau
01:15berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit
01:25kesalahan.
01:25Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Faizah Mohd Zakria menerusi
01:35talian 012-326-8496 bagi membantu siasatan.
Comments

Recommended