Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Wisma Putra mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap Lubnan, yang disifatkan sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa. Malaysia turut memberi amaran bahawa peningkatan konflik ini berisiko menjejaskan gencatan senjata Amerika Syarikat–Iran serta mengancam kestabilan Asia Barat dan keselamatan global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang berterusan oleh rejim Zionis Israel ke atas Lubnan Pederabuh.
00:08Kementerian luar dalam kataannya maklumkan, tidakkan itu menjadi bukti jelas pelanggaran terhadap Undang-Undang Antarabangsa serta Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan
00:16Bangsa-Bangsa Bersatu.
00:19Selain itu, peningkatan konflik berkenaan teruk menjejaskan secara serius perjanjian kecata senjata selama dua minggu
00:25yang telah dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran selain berpotensi mengheret rantau Asia Barat keterang konflik yang lebih meluas.
00:33Tambah kaitan itu lagi, situasi perkenaan juga dikuatiri akan melemahkan usaha diplomatik yang sedang berjalan.
00:39Jelas Wisma Putra, tindakan ini sekaligus berpotensi meningkatkan risiko ketidakstabilan menyeluruh di rantau itu
00:45termasuk implikasi buruk terhadap keamanan dan keselamatan global.
00:49Sehubungan itu, Malaysia menggesa agar komuniti antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:55supaya mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan rejim Zionis Israel
01:00dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan.
01:04Tegas Wisma Putra, segala tindakan ganas mesti dihentikan segera bagi mengelakkan lebih banyak kelengan nyawa,
01:10orang awam yang tidak berdosa serta demi melindungi kedaulatan Lubnan.
01:14Wisma Putra dalam kaitan antruk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan dan rakyat Lubnan
01:19serta kekal dengan pendirian bahawa keamanan berkekalan hanya boleh dicapai melalui perhentian semua serangan dan persekitaan
01:26di samping komitmen berterusan terhadap penyelesaian diplomatik secara aman.
Comments

Recommended