00:00Perdana Menteri Dato' Suryana Brahim menegaskan bahawa setiap krisis global mempunyai kaitan langsung dengan sektor pengangkutan,
00:08sama ada melibatkan kos minyak, pertanian maupun kelangsungan ekonomi negara.
00:12Beliau berkata kenaikan harga minyak di Malaysia bukan disebabkan kekurangan bekalan bahan api semata-mata,
00:18sebaliknya didorong lonjakan pelbagai kos termasuk insurans dan pengangkutan.
00:24Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas telah melepasi
00:32dan dalam beberapa hari ini akan sampai ke pengerang insyaAllah.
00:38Tetapi dia tidak berakhir di situ.
00:42Kos minyak yang lama yang diambil sebelum perang,
00:49tersangkut di Hormuz dan sekarang beralih ke pengerang,
00:56itu kosnya meningkat kerana kos insurans itu telah melepasi 100%.
01:04Kos pengangkutan sendiri, freight charges juga bertambah.
01:08Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Penghimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Khamis.
01:14Anwar menegaskan bahawa dasar dan kebijakan ekonomi yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan
01:19akan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu serta prestasi ekonomi Malaysia.
01:24Perdana Menteri turut menyuruh penjawat awam supaya memainkan peranan lebih aktif
01:28dalam menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat
01:30serta memberi pandangan membina dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat jabatan.
01:35Tegas beliau, penjawat awam bukan bertugas mempertahankan Perdana Menteri atau Menteri Pengangkutan,
01:39tetapi menyatakan kebenaran dan jika terdapat pandangan balas atau isu yang tidak disenangi dan perlu diusurkan,
01:45mesyuarat jabatan mesti dimanfaatkan untuk menyampaikan pandangan tersebut.
01:49Mesyuarat jabatan tidak seharusnya menjadi pengarahan satu hala oleh Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha
01:54sebaliknya perlu memberi ruang kepada pandangan daripada peringkat bawahan.
01:58Perdana Menteri turut menekankan bahawa keterbukaan dalam mendengar pandangan penjawat awam
02:02akan membantu memperkukuh dasar kerajaan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian kepada rakyat.
Comments