Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, mengumumkan larangan akses media sosial kepada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun bermula 1 Januari 2027, susulan kebimbangan terhadap peningkatan masalah keresahan, gangguan tidur serta ketagihan akibat reka bentuk platform dalam talian.
Transcript
00:00Gris umum larangan akses media sosial kepada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun bermula 1 Januari 2027.
00:09Perdana Menterinya, Kira Koss Mitsotakis berkata, langkah itu dibuat sesulang kebimbangan terhadap peningkatan masalah keresahan, gangguan tidur serta ketagihan akibat
00:18platform dalam talian.
00:36Terima kasih telah menonton!
01:0080% responden menyokong larangan tersebut. Sebelum ini, Kerajaan Gris telah mengharamkan penggunaan telefon bimbit di sekolah serta memperkenalkan platform
01:08kawalan ibu bapa bagi menghadkan masa skrin remaja.
01:11Langkah itu menyusul tindakan Australia yang menjadi negara pertama di dunia melarang media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun
01:18pada Desember lalu melibatkan platform seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook.
01:23Mulai 2027, platform yang gagal menghadkan akses boleh berdepan denda di bawah Akta Perkhidmatan Digital Kesatuan Eropah, DSA, yang boleh
01:31mencecah sehingga 6% daripada perolehan global.
01:35Parlimen Gris dijangka meluluskan undang-undang berkaitan larangan itu pada pertengahan 2026 ketika beberapa negara lain termasuk United Kingdom, Malaysia,
01:43Perancis, Denmark dan Poland
01:44terus mempertimbangkan atau sedang merangka peraturan lebih ketat terhadap media sosial.
Comments

Recommended