Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 46 warga asing ditahan dalam serbuan Ops Roda di sebuah kilang di Bukit Raja, di sini, kerana disyaki menggunakan MyKad palsu serta dokumen milik individu lain untuk bekerja.
Transcript
00:00Sebanyak 46 warga asing ditahan dalam serbuan Ops Roda di sebuah kilang di Bukit Raja Kelang kerana disyaki menggunakan mycard
00:07palsu serta dokumen milik individu lain untuk bekerja.
00:11Pengarah Penguasaan Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Masjad Abu Aziz berkata, kesemua ditahan ialah warga Indonesia dan Filipina berumur antara 20
00:20hingga 45 tahun dipercayai mendapat dokumen palsu melalui ejen untuk bekerja secara haram.
00:27Dalam operasi itu, sebanyak 136 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 46 warga asing terdiri daripada 25 wanita dan
00:3521 lelaki disyaki menggunakan dokumen tidak sah menyebabkan mereka ditahan.
00:39JPN kini mengesan dan mengenapasti ejen terlibat untuk tindakan lanjut termasuk kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang mengurus kemasukan serta penempatan
00:47pekerja asing menggunakan dokumen palsu.
00:49Masjad berkata operasi hasil risikan selama sebulan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja itu berdepan cabaran
00:57apabila beberapa pekerja cuba melarikan diri serta bersembunyi di dalam kotak untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
01:03Kes disiasat di bawah Peraturan 25, Kurungan 1, Kurungan I, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Comments

Recommended