00:00Ini pula SPRM Kuala Lumpur menahan reman seorang pegawai kanan teknikal dan seorang pengurus cawangan sebuah anak syarikat milik kerajaan
00:08kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM2 juta.
00:13Kedua-dua individu terbabit dipercayai menerima rasuah daripada sebuah syarikat teknologi maklumat dan perkakasan sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak perimatan
00:23penyelenggaraan sistem telekomunikasi di selatan tanah air.
00:30Perintah Heman sehingga 12 April terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Magistret Khairun Nisad Hasni selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah
00:38Magistret Kuala Lumpur pagi Rabu.
00:40Menurut sumber, suspek utama lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 5.30 petang selasa ketika hadir memberi keterangan
00:48di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
00:50Seorang lagi suspek lelaki berusia lingkungan 50-an pula ditahan kira-kira 4 petang di pejabatnya.
00:57Sumber itu berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2021 hingga 2023 dengan menerima
01:08rasuah secara bulanan kira-kira RM60,000.
01:11Siasatan yang dijalankan dengan kerjasama bahagian perisikan dan SPRM Kuala Lumpur turut mendapati kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah
01:21secara tunai.
01:21Sementara itu, pengarah SPRM Kuala Lumpur, Muhammad Zakwan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
01:28Kis disiasat di bawah Seksyen 16-A-A Akta SPRM 2009.
Comments