Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengumumkan bahawa Iran dan Amerika Syarikat bersama sekutu masing-masing telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta di semua kawasan konflik termasuk Lubnan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Pakistan Syedbas Sharif umum bahawa Iran dan Amerika Syarikat bersama sekutu masing-masing telah bersetuju
00:08melaksanakan genjata senjata serta-merta di semua kawasan konflik termasuk Lubnan.
00:13Menurut beliau, genjata senjata itu berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.
00:20Syedbas telah menyambut baik keputusan tersebut dan merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kedua-dua negara atas kesediaan mereka untuk mencapai penyelesaian
00:29secara damai.
00:30Beliau telah menjemput delegasi kedua-dua pihak ke Islamabad pada 10 April ini bagi menghadiri rundingan lanjut yang dikenali sebagai
00:38perbincangan Islamabad dengan matlamat mencapai perjanjian muktamad bagi menyelesaikan semua pertikaian.
00:43Menurutnya, kedua-dua pihak telah menunjukkan kebijaksanaan serta komitmen tinggi dalam usaha memupuk keamanan dan kestabilan serantau.
00:52Tambah beliau, Pakistan berharap rundingan itu akan membuahkan hasil positif ke arah keamanan berkekalan selain memberi bayangan lebih banyak perkembangan
00:59baik dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Comments

Recommended