Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kementerian Luar Palestin menggesa tindakan segera termasuk sekatan terhadap peneroka haram Israel susulan serangan ke atas dua kampung di selatan Nablus, Tebing Barat. Serangan sebelum subuh itu melibatkan pembakaran rumah dan kenderaan penduduk, mengakibatkan kira-kira 10 rakyat Palestin cedera. Palestin turut menyeru pengaktifan mekanisme akauntabiliti antarabangsa untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Transcript
00:00Kementerian Luar Palestine pada Isnin menggesa tindakan segera termasuk pelaksanaan sekatan terhadap peneroka haram Israel dan sistem penempatan haram.
00:08Menurut Kementerian itu, gesaan tersebut dibuat selepas berlakunya serangan ke atas dua buah kampung di selatan Nablus di tebing barat
00:16yang diduduki peneroka berkenaan.
00:20Kementerian Luar Palestine dalam satu kenyataan juga mengecam serangan yang disifatkan sebagai tindakan keganasan oleh peneroka haram di kampung Al
00:28-Luban, Al-Shakriya dan Kusra yang berlaku lebih awal pada hari sama.
00:33Selain itu, laporan agensi antarabangsa menyatakan bahawa puluhan peneroka haram telah menyerang kedua-dua kampung tersebut sebelum waktu subuh dengan
00:41membakar rumah dan kenderaan penduduk sekaligus menyebabkan kira-kira 10 rakyat Palestine cedera.
00:47Tegas Kementerian tersebut, tindakan membakar rumah dan kenderaan berkenaan merupakan jenayah terancang dan berulang yang didakwa diarahkan oleh pihak berkuasa
00:55Zionis.
00:56Tambahnya, sambil mendakwa, tindakan tersebut bertujuan mewujudkan susana paksaan untuk mengusir rakyat Palestine dari tanah mereka melalui keganasan terancang.
01:05Tambahnya, serangan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada agenda peluasan penempatan haram dan pembersihan etnik,
01:11selain menuduh pihak berkuasa Israel memberikan pelindungan serta memudahkan tindakan kumpulan peneroka bersenjata yang terlibat dalam serangan berkenaan.
01:21Kementerian itu turut menyeru pengaktifan mekanisme accountability antarabangsa bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
01:29Kegagalan dalam mengambil tindakan praktikal hanya akan membuka ruang kepada serangan berterusan dan menjejaskan prospek keamanan.
01:38Sementara itu, Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan memaklumkan peneroka haram Israel telah melakukan sebanyak 4,723 serangan di seluruh tebing
01:49barat yang diduduki sepanjang tahun 2025.
01:52Tindakan tersebut telah mengakibatkan 14 rakyat Palestine terbunuh serta memaksa pemindahan 13 Komiti Badui melibatkan seramai 1,090 orang.
02:02Untuk rekod, sejak 8 Oktober 2023, penduduk Palestine telah melalui peningkatan keganasan, penahanan pemindahan serta peluasan penempatan haram sebagai langkah
02:14ke arah pengilhakan rasmi wilayah tersebut.
02:17Sebelum ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam satu pendapat bersejarah mengisytiharkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestine sebagai tidak sah di
02:26sisi undang-undang antarabangsa
02:27serta menyeru pengosongan semua penempatan haram di tebing barat dan Baitul Magdis Timur.
Comments

Recommended