00:00Ramai 32 individu termasuk warga tempatan dan asing ditahan menerusi operasi bersepadu Op Taring Cila yang dijalankan di sekitar Subang,
00:09Selangor pada Rabu.
00:10Kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu membabitkan tiga pemilik, pengurus syarikat serta pekerja asing dari Indonesia,
00:20Bangladesh dan Myanmar.
00:23Komando Biro Jenayah Hidupan Liar, Perisikan Siasatan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam Bukit Aman, Senior Assistant Commissioner Muhammad
00:32Zaki Ashar berkata,
00:33dalam serbuan itu polis turut merampas 34 tan kakas daging babi dan 97 kotak daging ayam sejuk beku tanpa sijil
00:41halal yang nilai keseluruhan dianggarkan RM1.6 juta.
00:45Serbuan itu dijalankan di tiga premis di kawasan perindustrian Subang yang disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan dan penyimpanan makanan sejuk beku
00:56secara tidak sah.
00:58Turut disita tiga buah alat penimbang dan tiga buah lori satu tan yang dianggarkan bernilai RM350,000.
01:06Operasi itu memutuskan rangkaian sindiket penyedudupan, pengedaran dan penjualan makanan sejuk beku yang dikesan bergerak aktif di Lembah Kelang.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments