Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Astro Malaysia Holdings Berhad menutup suku keempat tahun kewangan 2026 dengan prestasi kewangan paling kukuh bagi tahun ini.
Transcript
00:00Astro Malaysia Holdings Berhad menutup suku keempat tahun kewangan 2026
00:04dengan prestasi kewangan paling kukuh bagi tahun ini.
00:09Syarikat itu merekodkan hasil RM713 juta pada suku keempat tahun kewangan 2026
00:16meningkat 2% suku ke suku.
00:19Prestasi itu didorong terutamanya oleh pemulihan perbelanjaan pengiklanan
00:23selain sumbangan kandungan film dan perniagaan jalur lebar.
00:29Bagi keseluruhan tahun kewangan 2026, Astro mencatatkan hasil RM2.8 bilion
00:36dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan EBITDA
00:42berjumlah RM614 juta dan aliran tunai bebas positif RM107 juta.
00:49Astro berkata disiplin kos yang berterusan serta pelaksanaan strategi transformasi digital
00:56menjadi faktor utama memperkukuh kedudukan kewangan kumpulan dalam persekitaran media yang mencabar.
01:02Dalam pada itu, Astro berkata prestasi kewangan yang memberangsangkan
01:06didorong terutamanya oleh pemulihan segmen pengiklanan
01:10dengan hasil pengiklanan ADEX mencatatkan peningkatan ketara 18% suku ke suku.
01:17Pertumbuhan itu jelasnya lagi disumbangkan oleh permintaan lebih tinggi
01:22merentasi platform televisyen, radio dan digital
01:25mencerminkan keyakinan pengiklan terhadap capaian audiens Astro
01:30yang masih dominan di negara ini.
01:33Astro berkata yakini menguruskan struktur kos dui,
01:37merangkumi kos legasi perniagaan PTV yang semakin berkurangan
01:41serta kos pelaburan berterusan
01:43bagi menyokong transformasi ke arah platform digital dan penstriman.
01:47Menurut kumpulan itu, kos legasi terus dikurangkan secara berperingkat
01:52selari dengan kemajuan transformasi perniagaan.
01:55Dari perspektif pelanggan, hasil purata bagi setiap pengguna,
01:59ARPU, mencatat penurunan kecil kepada RM94.30.
02:04Namun Astro menegaskan penurunan ini adalah sejajar dengan strategi jangka panjang
02:09untuk memperluas pangkalan pelanggan
02:11serta meningkatkan penglibatan merentas platform
02:14berbanding semata-mata menumpukan kepada hasil jangka pendek.
02:19Mengulas hala tuju kehadapan, Astro memaklumkan
02:22kumpulan akan terus mengutamakan peruntukan sumber yang lebih berfokus,
02:26memperkukuh disipin kos serta menilai pelaburan kandungan
02:30dan digital secara selektif.
Comments

Recommended