00:00Korea Utara menjelaskan keputusan negara itu mengekalkan senjata nuklear adalah tepat susulan konflik yang berlaku di Iran ketika ini.
00:10Dalam ucapan di Perhimpunan Agong Rakyat Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berkata,
00:15situasi semasa jelas menunjukkan Pyongyang mempunyai asas menolak tekanan serta pujuk rayu Washington untuk melucutkan program nuklearnya.
00:28Memetik media antarabangsa, Kim berkata, status nuklear Korea Utara kini tidak boleh diubah.
00:35Keputusan itu sekaligus memperkukuh pendirian negara itu untuk terus mempertahankan keupayaan tersebut sebagai benteng keselamatan.
00:44Dalam ucapan sama, Kim turut mendakwa ada pihak luar cuba memaksa Korea Utara membuat pilihan berbeza
00:50dengan menawarkan ganjaran sekiranya negara itu melucutkan program nuklearnya.
00:56Namun tegasnya, perkembangan semasa membuktikan pemilikan nuklear negara itu adalah muktamad dan tidak akan dikompromi.
01:05Beliau pada masa sama mengecam tindakan Amerika Syarikat yang melakukan keganasan dan pencerobohan
01:11walaupun tidak merujuk perang Iran secara jelas.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments