Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketegangan di Asia Barat terus meningkat susulan serangan balas antara Iran dan Israel, sekali gus memberi kesan kepada pasaran minyak global dan mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi dunia.
Transcript
00:00Kuasa mata wang dolar Amerika Syarikat, dilihat masih dominan ekoran ketidaktentuan harga minyak mentah susulan konflik yang berlaku di Asia
00:08Barat.
00:09Bagaimanapun fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan ECOFI, UUM Prof. Madia Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan,
00:19mata wang itu berdepan cabaran daripada mata wang lain seperti Euro dan Rabal.
00:23Jelasnya cabaran kepada dolar Amerika itu bukan sahaja disebabkan konflik di Asia Barat,
00:30tetapi turut didorong oleh pelaksanaan tarif Trump ke atas negara-negara luar.
00:37US dollar ini bukan lagi kita kata satu matawang yang dominant sebagai global currency.
00:45Apa yang wujud di masa depan, saya tidak mencakakan ia melibatkan satu lagi currency yang dominant,
00:54contohnya Euro ataupun Yuan ataupun Ruble dan sebagainya.
00:58Apa yang kita akan lihat adalah mungkin pelbagai bentuk, pelbagai bentuk penggunaan matawang
01:06yang berpaksikan kepada kepentingan negara-negara yang berdagang.
01:13Kerana apa yang kita dapati bukan sahaja konflik Asia Barat ini.
01:19Kita jangan lupa, apa itu dasar tarif Trump ini, satu lagi layer ketidaktentuan global
01:30yang menyebabkan penstrukturan semula dalam aturan monetary antarabangsa ini
01:35sedang berlaku dengan lebih cepat.
01:38Dalam konteks Malaysia, Irwan Shah berkata asas ekonomi yang kukuh
01:42membantu mengurangkan kesan konflik.
01:44Namun kerajaan disaran terus memantau situasi dan menyediakan bantuan kepada rakyat
01:49termasuk kepada perniagaan yang terjejas.
01:52Secara keseluruhan, dunia kini katanya menuju ke arah sistem kewangan
01:57yang lebih pelbagai dengan peranan matawang global tidak lagi tertumpu kepada dolar semata-mata.
02:04Penggunaan sistem monetary alternatif termasuk teknologi blockchain
02:09membuka ruang mengurangkan kebergantungan kepada dolar dalam perdagangan global.
02:15Beliau berkata demikian dalam Buletin Awani khas pada Khamis.
Comments

Recommended