00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JABPM, meningkatkan operasi pemadaman dan pemantauan secara berterusan selama 24 jam,
00:08susulan tren kebakaran terbuka yang menunjukkan peningkatan ketara sejak pertengahan Mac.
00:14JABPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan,
00:17sebanyak 12,222 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh negara
00:24bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mac lepas dengan peningkatan kes yang konsisten bermula pada 17 Mac lepas.
00:35Bermula 17 Mac 2026, bilangan kes meningkat secara berperingkat daripada 180 kepada 213 kes pada 19 Mac
00:45sebelum melonjak secara mendadak kepada 304 kes pada 20 Mac.
00:50Peningkatan ini berterusan kepada 363 dan 362 kes pada hari-hari berikutnya,
00:59seterusnya mencapai kemuncak tertinggi sebanyak 452 kes pada 23 Mac 2026.
01:07JABPM memaklumkan jumlah kes menunjukkan sedikit penurunan kepada 444 dan 439 kes pada 24 dan 25 Mac,
01:18namun masih kekal pada paras tinggi.
01:22Menurut JABPM, Kedah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka tertinggi,
01:27iaitu sebanyak 2,411 kes,
01:31diikuti Johor 2,221 kes,
01:34Selangor 1,266 kes,
01:37Melaka 961 kes,
01:40dan Perak 935 kes.
01:44Selangor 1,266 kes,
01:44telah 4442 kes.
Comments