Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Roslee Ali telah menabur bakti selama 15 tahun sebagai penggali kubur, iaitu satu tugas yang sarat dengan makna dan pengorbanan.
Transcript
00:00Apabila tiba syawal, ada yang meraihkan kemenangan bersama keluarga.
00:05Namun, ada yang terus setia di garis hadapan mengorbankan masa serta tenaga demi menjaga keselamatan negara.
00:12Di sebalik keseronakan itu, wujud juga hero tidak didendang yang mengerah keringat menggali liang lahat.
00:21Menghayun cangkul dengan penuh tanggungjawab menyempurnakan perjalanan terakhir seorang insan.
00:27Ini kisah Adil Fitri, penggali kubur disediakan oleh rakan setugas Hasimi Muhammad.
00:40Rosli Ali telah menambah bakti selama 15 tahun sebagai penggali kubur.
00:45Satu tugas yang syarat dengan makna dan pengorbanan.
00:50Kini langkahnya terus setia di tanah perkuburan Islam Raidatu Sakinah, Taman Selaseh,
00:56mengiringi perjalanan terakhir insan-insan yang kembali ke ilahi.
01:02Lima tahun lalu, dalam sebuah temual bersama Esra Awani,
01:06insan ini diangkat sebagai penerima anugerah tokoh frontliner khas,
01:12malhijrah pingkat wilayah persekutuan.
01:15Ketika dunia dilanda gelombang COVID-19,
01:18tugasnya bukan sekadar menggali tanah,
01:21tetapi menggalas amanah yang lebih berat.
01:24Bersarung pakaian perlindungan diri,
01:26dia menguruskan jenazah dalam suasana penuh risiko dan ketidakpastian.
01:31Hari ini sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata,
01:35Rosli masih manjat syukur yang tidak putus-putus.
01:39Dalam setiap hayunan cangkul dan setiap lubang kubur yang digali,
01:44terselit doa dan keikhlasan.
01:46ungkapan Rosli, selagi diberi kesihatan dan kudrat,
01:51dia akan terus berbakti dan setia hingga ke hujung usia.
01:55Saya lah, selagi Tuhan mengizinkan kesihatan saya,
02:00kemampuan saya, insyaAllah saya akan teruskan selagi mampu.
02:04Yang paling besar itu sekurang-kurang kita dapat membantulah,
02:07dapat membantu selesaikan jenazah yang,
02:11kadang-kadang jenazah yang tak berwaris,
02:14apa semua itu, itu pada saya memang tak nampak apa benda,
02:17tapi selagi saya boleh bantu, insyaAllah saya akan bantulah.
02:22Bagi Rosli, menjadi penggali kubur tidak pernah mengenal musim.
02:26Bulan puasa, bulan Ramadan, mahupun syawal, semuanya sama.
02:32Jenazah tetap hadir tanpa menyerah waktu dan amanah tetap perlu dilunaskan.
02:38Dalam panas terik dan dahaga di bulan puasa,
02:41dia terus menggali, setia pada tugas yang tidak pernah menunggu manusia bersedia.
02:47Namun, syawal membawa rasa yang berbeza.
02:51Di saat orang lain bergembira bersama keluarga,
02:54di sinilah air mata lebih mudah tumpah.
02:58Musim raya ini memang kita rasa sedih sangatlah,
03:02pasal tak kadang-kadang lagi satu-dua hari air raya meninggal,
03:07sedih lah, waris pun sedih, tak boleh nak buat apa,
03:09ke mana pun tak boleh, nak uruskan jenazah waris masing-masing kan.
03:14Sepanjang belasan tahun, terlalu banyak jenazah yang diuruskan,
03:18hingga tidak lagi terhitung jumlahnya.
03:21Hari raya pula bukan alasan untuknya berehat.
03:25Dia dan rakan sekerja yang lain akan memastikan tanah perkuburan Islam ini
03:29sentiasa terurus demi keselesaan waris.
03:33Dekat sini, kita ada pengawal keselamatan, kita ada pembersihan.
03:38Kena sama-samalah bantu-bantu apa yang patut kita buat.
03:43Macam pengawal keselamatan, mesin air raya ini,
03:46kereta terlalu sesak, kita akan buka pintu belakang kita.
03:50Saya mewakilkan semua penggali kubur,
03:53termasuk penyelia dan petugas kubur
03:55dan Datuk Takina Taman Selasih mengucapkan selamat air raya,
03:59Aido Fitri, maaf saya batin.
04:00Di sebalik kemeriahan perayaan, tugas yang digalas oleh penggali kubur
04:05membawa kisah keinsafan dan mengatakan tentang hakikat kehidupan dan kematian.
04:12Pengobanan mereka membawa ceminan bahawa di sebalik kegembiraan
04:17ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
04:20Ia sekaligus mengajak masyarakat untuk menghargai kehidupan
04:25dan menghati mereka yang telah pergi.
04:28Hassi Muhammad dan Ikuan Lee, Esru Awani.
Comments

Recommended