Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.
Transcript
00:00Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia
00:04mencerminkan peningkatan harga minyak global.
00:06Geostrategis dan fellow kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR,
00:11Prof. Dr. Azmi Hassan berkata,
00:13peningkatan harga minyak global daripada RM236 hingga RM256 setong sebelum ini
00:20kepada sekitar RM433 pada masa ini
00:23telah menyebabkan pelarasan harga tidak dapat dielakkan.
00:29Katanya walaupun orang ramai secara umum memahami harga petrol telah meningkat
00:33disebabkan harga minyak global yang lebih tinggi,
00:36masih terdapat persepsi bahawa harga tidak seharusnya naik
00:39kerana Malaysia merupakan negara pengeluar minyak.
00:42Beliau berkata, langkah subsidi bersasar seperti harga petrol RON95 bersubsidi
00:47di bawah inisiatif Budi95 membantu mengurangkan kesan kenaikan kos bahan api.
00:52Beliau merujuk kepada harga subsidi Budi95
00:55yang kekal pada RM1.99 se-liter
00:58meskipun harga minyak mentah global melebihi $100 Amerika setong
01:02susulan konflik di Asia Barat.
01:04Pada masa sama, Azmi memberi amaran bil subsidi semasa
01:08dianggarkan RM3.2 bilion setiap bulan
01:10mungkin tidak mampan dalam jangka masa panjang.
01:13terima kasih telah menonton!
01:14terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended