Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
KPDN Selangor tumpaskan sindiket diesel haram di Teluk Panglima Garang dengan rampasan bernilai RM50,000.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Selangor berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan diesel secara haram dalam satu serbuan di
00:09Teluk Panglima Garang pada Isnin.
00:11Pengarah KPDN Selangor, Muhammad Hanif Ashari berkata serbuan kira-kira jam 5 petang itu dilaksanakan hasil pemantauan risikan yang dijalankan
00:18selama dua minggu di lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot kegiatan tersebut.
00:24Beliau berkata premis yang tidak bernombor didapati menyimpan bahan api dipercayai jenis diesel tanpa lesin sah.
00:31Hasil pemiksaan di lokasi menemui sebuah tangki jenis kit tank berkapasiti 30,000 liter yang mengandungi kira-kira 4,000
00:38liter diesel.
00:39Selain itu, pelbagai peralatan pemindahan bahan api seperti hos sambungan, pump dan alat pengukur aliran turut dirampas bagi membantu siasat
00:47lanjut.
00:47Dalam operasi sama, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan bawah 30 tahun yang dipercayai penjaga premis turut ditahan.
00:54Pemeriksaan awam mendapati individu terbabit gagal mengemukakan dokumen sah untuk memiliki atau mengendalikan bahan api berkenaan.
01:02Menurut KPDN, aktiviti tersebut dipercayai melibatkan urus niaga mencurigakan barang kawalan dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:10Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM50,000 manakala sebanyak RM15,000 nilai subsidi berjaya diselamatkan dalam operasi berkenaan.
01:20Sepanjang pelaksanaan Ops Terus 40 sejak 16 Mac hingga 8 Jun lalu, KPDN Selangor telah menjalankan sebanyak 2,794 pemeriksaan
01:30dengan 57 kes diambil tindakan.
01:32Nilai keseluruhan sitaan direkodkan mencecah RM2 juta selain berjaya melambatkan subsidi kerajaan berjumlah RM265,000.
Comments

Recommended