Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
PBB beri amaran cuaca panas ekstrem boleh ancam keselamatan pemain dan penyokong Piala Dunia 2026.
Transcript
00:00Sekretariat Iklim Pertuan Bangsa Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa cuaca panas ekstrim boleh menjejaskan keselamatan pemain, petugas dan penyokong
00:08sempena Piala Dunia FIFA 2026.
00:11Kata itu dibuat semasa mesyuarat iklim Jun di Bonn, Jerman yang berlangsung selama 10 hari, susulan kebimbangan terhadap kesan perubahan
00:18iklim yang semakin ketara.
00:22Menurut Sekretariat itu, kejauhanan yang akan berlangsung di Meksiko, Amerika Syarikat dan Kanada dijangka berdepan suhu sekitar 30 derajat celsius
00:30dengan tahap kelembapan tinggi.
00:32Agensi berkenaan memaklumkan keadaan panas melampau bukan sahaja memberi kesan kepada pemain di Padang, malah kepada penyokong di tempat duduk
00:40stadium serta kawasan sekitar.
00:41Malah satu daripada setiap empat pelawanan dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca yang berbahaya.
00:46Sekretariat itu turut memberi amaran bahawa risiko terbesar mungkin berlaku di luar stadium, termasuk di zon penyokong, kawasan beratur, laluan
00:54pengangkutan dan tempat letak kereta.
00:56Menurutnya, penyokong berisiko terdedah kepada cuaca panas berpanjangan tanpa pelindungan mencukupi.
01:02Perkembangan ini menyusul hanya beberapa hari selepas FIFA menarik balik larangan membawa botol air plastik kosong ke stadium, sekaligus membolehkan
01:10penyokong mengisi air di stesen penghidratan.
01:13Amaran tersebut menekankan keperluan langkah mitigasi segera bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang kejohanan berlangsung.
Comments

Recommended