Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan MADANI tekankan sistem perlindungan sosial inklusif dan mampan, termasuk pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 serta skim LINDUNG 24 Jam, sejajar keperluan tenaga kerja semasa.
Transcript
00:00Kerajaan komited untuk terus memperkukuh sistem pelindungan sosial negara agar lebih inklusif, mampan dan responsif terhadap keperluan tenaga kerja masa
00:08kini.
00:09Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Aramanan, perkara itu dikongsikan beliau yang mengetuai delegasi Malaysia semasa mengadakan kunjungan hormat kepada
00:17Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa, ISSA, Datuk Seri Dr. Mohd Azman Aziz Mohd di Geneva, Switzerland.
00:26Rahmanan berkata kerajaan juga akan memastikan setiap reformasi yang dilaksanakan mengambil kira keseimbangan antara kebajikan pekerja dengan daya saing majikan
00:35demi menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan.
00:38Ujarnya dalam sesi tersebut beliau berkongsi pelbagai pencapaian dan reformasi perundangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani bagi memperkukuh kebajikan, pelindungan
00:47sosial serta kesejahteraan pekerja di Malaysia.
00:49Antara perkara yang diketengahkan ialah pelaksanaan Akta Pekerja GIK 2005 yang telah berkuatkuasa pada 31 Mac 2006 sebagai langkah penting
01:00dalam memastikan lebih 1.6 juta pekerja GIK menikmati pelindungan sepanjang masa dan hak yang lebih terjamin selaras dengan perkembangan
01:08dunia pekerjaan semasa.
01:10Pada kunjungan itu, Rahmanan berkata beliau turut berkongsi mengenai pelaksanaan skim kemalangan bukan bencana kerja atau lindung 24 jam yang
01:18berkuatkuasa pada 1 Jun lepas.
01:21Dalam pada itu, Rahmanan berkata kunjungan berkenaan juga membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan sosial
01:29sekaligus mengukuhkan hubungan strategik Malaysia dengan ISSA dalam usaha memperkasakan agenda pelindungan sosial pada peringkat antarabangsa.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended