Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sekurang-kurangnya 35 maut manakala ratusan cedera selepas gempa bumi 7.9 magnitud melanda Sarangani di selatan Filipina, mencetuskan kerosakan besar dan gangguan penerbangan.
Transcript
00:00Angka korban dalam bencana alam itu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 35 maut, manakala ratusan lagi cedera selepas gempa bumi
00:07kuat berukuran 7.9 magnitude melanda wilayah Saranggani, Selatan, Filipina.
00:12Pihak Perkuasa Tempatan berkata bencana itu turut mengakibatkan kerosakan terhadap banyak bangunan, operasi penerbangan digantung sementara dan ribuan sekolah terkesan
00:21ketika sesi persekolahan baru bermula semula selepas cuti musim panas.
00:27Jurucakap Pejabat Pertahanan Awam Filipina, Juni Castillo berkata 10 kematian dilakukan di General Santos, Bandar Pelabuhan di South Kota Batu
00:35yang mempunyai lebih 700,000 penduduk, manakala sekurang-kurangnya 12 individu masih hilang.
00:41Menurut polis Filipina, sekurang-kurangnya 134 orang cedera akibat runtuhan bangunan, tanah runtuh dan objek yang mengempak mangsa.
00:49Sebuah bangunan sekolah dua tingkat di General Santos dilakukan runtuh dengan pelajar dipercayai terperangkap di dalamnya.
00:55Media tempatan melakukan sebanyak 8,642 sekolah di 43 bahagian merentasi enam wilayah terjejas akibat gempa berkenaan.
01:03Lapangan terbang terbangsa General Santos telah menggantung operasi dari jam 8.45 pagi hingga 3 petang waktu tempatan bagi pemeriksaan
01:11keselamatan menyeluruh menyebabkan tiga syarikat penerbangan membatalkan 17 penerbangan domestik.
01:16Pihak berkuasa penerbangan awam maklumkan operasi penerbangan di lapangan terbang itu kini hanya dibenarkan untuk pesawat kerajaan, tentera dan misi
01:24kemanusiaan sehingga 11 Jun.
01:26Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina maklumkan ombak tsunami setinggi 1.48 meter direkodkan di Kiamba, Seranggani namun paras itu terlalu
01:36kecil untuk menyebabkan kerosakan besar.
01:38Gempa pada Isnin itu berlaku sejurus selepas sekolah di seluruh Filipina mula dibuka semula dengan rakaman kamera lita tertutup CCTV
01:45menunjukkan guru dan pelajar sama ada berlindung di bawah meja atau berpindah keluar dari bangunan.
Comments

Recommended