Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebanyak 27 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Transcript
00:00Sebanyak 27 buah rumah musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku di kampung Gok Kapur, Kota Baru, Kelantan pada Isnin.
00:08Ketua Polis Kelantan, Dato' Muhammad Yusof Mamad berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru menerima maklumat awal
00:14kejadian melalui panggilan Merus 999 pada jam 12.40 tengah hari sebelum pasukan keselamatan digerakkan ke lokasi.
00:22Beliau berkata, siasatan awam mendapati kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 6 ekar dengan tahap kemusnahan yang berbeza-beza.
00:29Menurut beliau, berdasarkan keterangan saksi, asap dan api mula dikesan sekitar jam 12.30 tengah hari sebelum merebak dengan pantas
00:36berikutan kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain.
00:40Anggota Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia berjaya mengawas serta memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.30 petang.
00:46Muhammad Yusof berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala siasatan awal tidak menemukan unsur jenayah atau perbuatan hianat dalam
00:54kejadian itu.
00:55Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia.
Comments

Recommended