Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
China dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan perdagangan di Paris dengan kedua-dua pihak mencapai persefahaman awal mengenai tarif, langkah bukan tarif dan kerjasama ekonomi. Kedua-duanya bersetuju mengekalkan kestabilan tarif dan meneruskan dialog.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan rundingan dari China dan Amerika Syarikat mengadakan perbincangan yang terbuka dan membina di Paris dengan kedua-dua pihak mencapai
00:07persefahaman awal mengenai beberapa isu perdagangan.
00:11Wakil perdagangan terbangsa China, Li Qinggang berkata, rundingan itu merangkumi beberapa perkara utama termasuk tahap tarif dua hala, kemungkinan pelanjutan
00:19langkah tarif dan bukan tarif, serta usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
00:27Menurut beliau, kedua-dua pihak juga berkongsi kebimbangan masing-masing mengenai dasar perdagangan dan ekonomi yang memberi kesan kepada hubungan
00:34dua hala.
00:34Dalam rundingan tersebut, pihak Amerika Syarikat memberikan penjelasan mengenai langkah tarif terbaru mereka, manakala China menyuarakan kebimbangan terhadap ketidaktentuan yang
00:42timbul daripada dasar perdagangan Washington.
00:45Li berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk terus mengekalkan kestabilan tahap tarif dua hala dan meneruskan rundingan pada masa akan
00:52datang.
00:52Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi mengkaji mekanisme kerjasama yang boleh meningkatkan perdagangan
01:00dan pelaburan antara China dan Amerika Syarikat.
01:02China turut menyuarakan kebimbangan terhadap siasatan perdagangan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat di bawah Session 301 yang menurut Beijing boleh
01:10menjejaskan hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil antara kedua-dua negara.
01:13Namun begitu, kedua-dua pihak mengakui bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil antara China dan Amerika Syarikat memberi manfaat
01:21bukan sahaja kepada kedua-dua negara tetapi juga kepada ekonomi global.
Comments

Recommended