Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Indonesia sedang merangka pelan kecekapan belanjawan beberapa kementerian dan agensi sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan defisit Belanjawan Negara (APBN) 2026 di bawah ambang tiga peratus berikutan lonjakan harga minyak global.
Transcript
00:00Indonesia sedang berangka pelan kecekapan belanjawan beberapa kementerian dan agensi sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan defisit belanjawan negara atau APBN
00:102026 di bawah ambang 3% berikutan lonjakan harga minyak global.
00:16Menteri Kewangan Purbaya Yudi Sadewa berkata, Kementerian Kewangan sedang menyediakan langkah itu sambil memantau potensi kesan kenaikan harga tenaga yang
00:26dikaitkan dengan ketegangan geopolitik antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
00:34Jika harga bahan api terus meningkat, langkah pertama adalah kecekapan.
00:38Sebelum itu, Menteri Penyelaras Ekonomi Ailangga Hartarto berkata, Indonesia mungkin bergelut untuk mengekalkan defisit belanjawan dalam hat maksimum 3%
00:48daripada keluaran dalam negara kasar KDNK jika harga minyak global melonjak.
00:53Ini katanya memaksa kerajaan mempertimbangkan langkah fiskal yang luar biasa.
00:58Purbaya berkata, langkah-langkah kecekapan itu terutamanya menyasarkan peruntukan belanjawan tambahan di kementerian dan agensi yang katanya telah menyumbang kepada
01:06kenaikan perbelanjaan
01:08tetapi masih boleh dikurangkan.
01:10Purbaya berkata, Kementerian Kewangan akan menentukan langkah awal yang boleh diambil dan agensi berkaitan menyediakan pelan kecekapan serta persiapan dijangka
01:19mengambil masa kira-kira seminggu.
01:21Kerajaan tidak mempunyai cadangan segera bagi mengeluarkan peraturan pemerintah peganti undang-undang untuk meluaskan had defisit belanjawan negeri 2026 memandangkan
01:32kedudukan fiskal kekal terjamin buat masa ini.
Comments

Recommended