00:00Projek laluan Rail Pantai Timur ECRL mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62% setakat Februari 2026
00:09selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Baru, Kelantan ke Gombak Selangor menjelang akhir tahun ini
00:16seterusnya beroperasi secara komersial bermula Januari 2027.
00:21Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,
00:24jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Kelang di Selangor pula akan siap menjelang Disember 2027
00:31dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.
00:37Pengoperasian komersial train elektrik pelbagai gerabak EMU dan lokomotif elektrik e-Loco
00:43bakal membuka lembaran baru dalam memperkukuh ECRL sebagai mod pengangkutan hijau
00:49untuk penumpang dan kargo merentas rangkaian rel elektrik sepanjang 665 km negeri-negeri Pantai Timur dan Selangor.
00:58Projek ECRL juga mencatatkan satu lagi pencapaian penting
01:02dengan selesainya pembinaan landasan jajaran utama ECRL
01:05sepanjang 519 km dari Kota Baru ke Gombak lebih awal daripada dijadualkan.
01:12Pencapaian ini jelas mencerminkan dedikasi tinggi
01:15serta kerjasama erat antara Malaysia Railing Sedang Berhad
01:19dan China Communication Construction CCC ECRL
01:23serta sokongan padu dari semua pihak yang terlibat.
Comments