Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Kemeriahan Aidilfitri kian terasa menjelang minggu terakhir Ramadan apabila orang ramai mula mengambil kesempatan hujung minggu untuk membuat persiapan akhir bagi menyambut Syawal.
Transcript
00:00Baik, seterusnya kemeriahan Aidilfitri makin terasa menjelang minggu terakhir Ramadan.
00:05Orang ramai mula sibuk dan berduyun-duyun mengambil kesempatan hujung minggu untuk membuat persiapan akhir bagi menyambut bulan syawal.
00:16Di ibu kota Kuala Lumpur, suasana di pelbagai festival raya dilihat semakin meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus
00:24khususnya dalam kalangan mereka yang memilih untuk melakukan pembelian saat akhir.
00:30Keadaan itu sekali lagi membuktikan bahawa tradisi membeli belah pada penghujung Ramadan masih menjadi pilihan ramai.
00:39Lebih-lebih lagi apabila festival raya menawarkan pelbagai pilihan barangan, harga berpatutan serta tawaran diskaun menarik daripada para peniaga.
00:48Antara festival yang dijangka terus menjadi tumpuan ialah Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran
00:58Antarabangsa Malaysia MITEC, Anjung Syawal di Putrajaya,
01:02serta Gemaraya Putrajaya 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC.
01:09Penganjur acara Gemaraya Putrajaya 2026 at PICC, Remy Zainal berkata, kunjungan ke festival raya pada minggu-minggu terakhir Ramadan
01:19sudah menjadi satu tradisi dalam kalangan masyarakat yang mahu merasai sendiri kemeriahan sambutan Aidilfitri.
01:28Menurutnya, kehadiran pengunjung bersama keluarga atau rakan-rakan juga menjadi sebahagian daripada pengalaman menjelang syawal
01:36selain memberi peluang kepada mereka mendapatkan pelbagai tawaran diskaun yang disediakan peniaga.
01:42Kata beliau, ada juga yang menunggu sehingga penghujung Ramadan untuk mengambil peluang membeli ketika promosi dan diskaun ditawarkan
01:51selain faktor hari gaji yang membolehkan mereka membuat persiapan akhir Aidilfitri dengan lebih berjimat.
01:58Dalam usaha terus menarik kehadiran pengunjung, Remy berkata, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai strategi
02:05termasuk menampilkan kemunculan istimewa beberapa artis popular tanah air pada minggu terakhir Ramadan.
02:13Menurutnya, festival yang bermula pada 15 Februari lalu hingga malam raya itu dimeriahkan
02:18dengan persembahan penyanyi terkenal seperti Aina Abdul, Ernie Zakri dan Kai Baha.
02:25Kehadiran barisan artis popular ini dijangka menjadi tarikan tambahan kepada pengunjung untuk hadir
02:31dan membeli belah sempena Ramadan dan Aidilfitri sepanjang tempoh penganjuran selama 33 hari
02:37selain menikmati pelbagai pengisian kerohanian dan seni budaya.
02:42Terima kasih.
02:44Terima kasih.
02:46Terima kasih.
02:48Terima kasih.
02:49Terima kasih.
Comments

Recommended