00:00Plus Malaysia Berhad Plus menjangkakan jumlah trafik di leboraya kendaliannya meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan pada hari puncak sempena
00:09perayaan Aidilfitri tahun ini.
00:11Ia merupakan peningkatan kira-kira 20% berbanding tahun lalu. Susulan pertambahan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman.
00:19Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jangkaan trafik dan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri kali ini, kita terus bersama dengan rakan
00:27setugas Yasmin Ahmad.
00:29Yang membuat liputan Sidang Media Plus sebentar tadi.
00:33Baik, terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil. Seperti yang dimaklumkan, saya di sini sebentar tadi ada taklimat berkenaan trafik
00:41oleh Dato' Nik Arina Nik Jafar iaitu pengarah urusan Plus.
00:46Antara perkara penting yang disampaikan beliau adalah jumlah kenderaan dijangka, waktu puncak trafik dan sebagainya.
00:53Baik, kita dengarkan sedikit taklimat sebentar tadi.
00:57Dari pengalaman kami sebelum ini dalam beberapa perayaan yang lepas, Plus akan mengambil tindakan strategik utama, berfokus pada tiga strategi
01:14utama.
01:14Iaitu nombor satu adalah pengagihan trafik melalui MyPlus TTA.
01:21Di sini saya nak menekankan ataupun menasihatkan semua pengguna-pengguna leboraya merancang perjalanan yang lebih optimum di leboraya menggunakan MyPlus
01:33TTA di leboraya Plus dan juga LPT2.
01:36Di samping itu, tindakan utama plus juga adalah pengurusan trafik dan insiden yang lebih efisien.
01:45Jadi pada musim perayaan ini, kita akan membuka 34 lokasi smart lane di lokasi-lokasi strategik dan tiada penutupan lorong
01:58di leboraya.
02:00Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dirangka termasuk cadangan waktu perjalanan serta penggunaan smart lane di beberapa lokasi bagi membantu
02:11melancarkan aliran trafik.
02:13Menurut beliau, pengguna leboraya juga disarankan merancang perjalanan lebih baik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak trafik.
02:23Baik, itu saja. Sekian saya Yasmin Ahmad, Astro Awani. Kembali.
Comments