00:00Bekas naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husin menyatakan kesediaan untuk kembali aktif dalam UMNO sekiranya penggantungan ditarik balik
00:09oleh pucuk pimpinan parti.
00:10Kenyataan itu dibuat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan parti itu membuka pintu kepada
00:17bekas ahli yang dipecat atau digantung tanpa syarat.
00:21Saya bersama-sama dengan warga sembrung hari ini mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kita rasa terharu dan saya berterima
00:33kasih di atas apa yang telah dinyadakan oleh Presiden berhubung kait dengan keputusan pimpinan parti untuk menerima.
00:44Mereka yang telahpun dipecat atau digantung atau dah keluar parti tanpa syarat.
00:54Jadi hari ini saya nak nyatakan bagi diri saya sendiri itu bukan satu perkara yang sukar kerana saya tak pernah
01:02keluar parti.
01:04Saya dalam tiga tahun saya digantung tak pernah serang parti pun.
01:08Sebelum ini majlis tinggi telah membuat keputusan untuk menggantung saya.
01:14Jadi esok kalau betul ikhlas pendirian pucuk pimpinan parti dan mereka menarik balik penggantungan terhadap diri saya, saya akan kembali
01:24terus berjuang di dalam parti UMNO ini.
01:28Krisis dalaman UMNO memuncak selepas pilihan raya umum ke-15 apabila parti menjalankan proses pembersihan dalaman terhadap beberapa pemimpin kanan.
01:38Antara yang menerima tindakan ialah Hishamuddin sendiri yang digantung keahlian selama enam tahun bermula 27 Januari 2023.
01:46Dalam tempoh penggantungan itu, Hishamuddin beberapa kali menjelaskan beliau tidak diberikan penjelasan mengenai kesalahan spesifik yang menyebabkan dirinya digantung.
01:55Selain menegaskan beliau tetap setia kepada parti dan prinsip perjuangannya.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments