00:00Pemimpin tertinggi baharu Iran, Mujtaba Khamenei, berada dalam keadaan selamat dan sihat walaupun terdapat laporan mengenai kecederaan beliau semasa perang
00:09dengan Israel dan Amerika Syarikat.
00:11Keadaan Mujtaba disahkan oleh anak Presiden Iran, Yusuf Bezishkian, yang juga penasihat kerajaan menerusi hantaran di Telegram.
00:21Katanya, sebaik terdengar mengenai berita Mujtaba cedera, beberapa rakan terdekat dihubungi untuk ditanya keadaan pemimpin tertinggi Iran yang baharu itu.
00:28Tanpa beliau, rakan-rakan terdekat kepada Mujtaba maklumkan pemimpin itu berada dalam keadaan selamat dan sihat.
00:34Televisi negara Iran sebelum ini menggelarkan Mujtaba sebagai veteran perang Ramadan yang cedera tetapi tidak menjelaskan jenis kecederaannya.
00:41Mujtaba merupakan anak dan pengganti pemerintah Iran Ayatullah Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat Israel ke atas Iran
00:48pada 28 Februari sehingga mencatuskan perang di Asia Barat.
00:51Pemimpin berusia 56 tahun itu merupakan tokoh yang bersifat tertutup dan jarang muncul di halayak atau bercakap pada acara rasmi.
00:58Beliau masih belum menyampaikan ucapan kepada rakyat atau mengeluarkan kenyataan bertulis sejak diumumkan sebagai pemimpin tertinggi Iran pada ahad lalu.
01:06Memetik tiga pegawai Iran yang tidak dinamakan New York Times pada selasa melaporkan Mujtaba mengalami kecederaan termasuk ikhakinya.
01:13Laporan itu telah menyebut Mujtaba dikatakan sedang berlindung di lokasi selamat dengan komunikasi yang terhad.
Comments