00:00Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SC dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM pada selasa memeterai Memorandum Persefahaman MOU bagi memperluas akses kepada perkongsian
00:10data.
00:11MOU berkenaan sebagai sebahagian usaha menyokong inisiatif pembiayaan pasaran modal untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana MSME serta syarikat pertengahan
00:22MTC.
00:25Inisiatif ini juga sebahagian daripada pelaksanaan Capital Market Master Plan 2026-2030 CMT serta selari dengan Plan Hala 7-5
00:34Tahun SC iaitu Catalyzing MSME and MTC Access to the Capital Market 5-Year Roadmap 2024-2028.
00:42Pada masa yang sama ia melengkapi peranan SSM dalam memperkukuhkan ekosistem korporat melalui penyediaan data korporat yang komprehensif serta pengawasan
00:51kawal selia yang lebih berkesan.
00:53Melalui kerjasama ini, kedua-dua agensi akan meningkatkan analisis data berkaitan keperluan pembiayaan MSME dan MTC menggunakan pangkalan data yang
01:02lebih kukuh dan boleh dipercayai.
01:04Langkah itu dijangka membantu mengenalpasti syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memerlukan pembiayaan.
01:10Sekaligus membolehkan penyelesaian pembiayaan pasaran modal yang lebih bersasar bagi menyokong pengembangan dan kelestarian perniagaan mereka.
01:19Dengan mengintegrasikan data korporat komprehensif milik SSM, SC berupaya mengenalpasti syarikat tidak tersenarai yang berpotensi tinggi serta keperluan pembiayaan mereka.
01:29Sebelum memudah cara peralihan syarikat tersebut ke pasaran modal melalui berusaha Malaysia, sama ada di pasaran utama, ACE atau LEAP,
01:36selain platform pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding, ECF dan pembiayaan peer-to-peer atau P2P.
01:44MOU itu turut memberi tumpuan kepada beberapa aspek kerjasama lain termasuk pemantauan bersama entiti bagi mencegah penipuan keuangan serta meningkatkan
01:52keberkesanan penguatkuasaan.
01:53Kedua-dua pihak juga akan memanfaatkan data keuangan untuk memantau kemajuan syarikat dalam mengamalkan pendedahan kemampanan.
02:01Selain melaksanakan program perkongsian pengetahuan dan latihan bersama dalam bidang analitik data, pelaporan kemampanan, penjanaan wawasan pasaran serta komunikasi strategik.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments