00:00Ekspor China meningkat jauh lebih pantas daripada jangkaan dalam dua bulan pertama tahun ini sekaligus meletakkan perdagangan negara itu pada
00:08landasan rekod sebelum konflik di Iran menjejaskan aliran perdagangan global.
00:13Menurut data yang dikeluarkan oleh pentadbiran custom arm China GACC pada selasa, ekspor melonjak hampir 22% berbanding tempoh sama
00:22tahun lalu jauh melebihi unjuran median 7.2% dalam tinjauan Bloomberg terhadap ahli ekonomi.
00:32Import pula meningkat hampir 20% menghasilkan lebihan dagangan sebanyak $213.6 bilion bersamaan RM841.8 bilion yang merupakan paras
00:46tertinggi bagi tempoh berkenaan.
00:48Prestasi kukuh itu menunjukkan ekspor China masih berkembang pesat sebelum perang melibatkan Iran tercetus pada penghujung bulan lalu, namun krisis
00:57yang semakin memuncak di Asia Barat kini menimbulkan risiko baru kepada pengekspor terbesar dunia itu.
01:04Sebahagian syarikat perkapalan kontena global telah mengubah laluan kapal bagi mengelakkan teluk parsi, manakala platform e-dagang utama memberi amaran
01:12kemungkinan tempoh penghantaran kerantau Asia Barat menjadi lebih lama.
01:17Laluan strategik selat hormus yang mengendalikan kira-kira 1.5 ekspor tenaga dunia dilaporkan hampir ditutup berikutan konflik tersebut.
01:26Data perdagangan ini diumumkan beberapa minggu selepas pertemuan antara Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi
01:33membincangkan kecatan tarif antara kedua-dua negara.
Comments