Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mahu 'orang dalam' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab dan tidak lepas tangan susulan keputusan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membabitkan kes tujuh pemain Harimau Malaya.
Transcript
00:00Memangku Sultan Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim mahu individu di dalam persatuan bola sepak Malaysia FAM bertanggungjawab dan tidak lepas
00:09tangan sesulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS dalam kes membabitkan tujuh pemain harimau Melayu.
00:17Baginda dalam satu hantaran di laman media sosial X mendakwa terdapat segelintir orang dalam FAM yang mendalangi kempen sabotaj bagi
00:27menjadikan Baginda sebagai kambing hitam.
00:30Titah Baginda, individu-individu terbabit dipercayai menyimpan rasa tidak puas hati sejak dahulu kerana gagal memanipulasi kedudukan untuk mengaut keuntungan
00:41peribadi.
00:42Malah Tengku Ismail mendakwa ada pihak dari badan induk itu pernah datang meminta pertolongan untuk mendapatkan projek selain memohon bantuan
00:51agar mereka tidak disiasat oleh Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.
00:57Pada Khamis, CAS menerima sebahagian daripada rayuan tujuh pemain harimau Malaya terhadap hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antara
01:06Bangsa atau FIFA berhubung pemasuan dokumen naturalisasi dan kelayakan.
01:10Dalam keputusan operasi yang dikeluarkan tanpa alasan terperinci, CAS memutuskan tujuh pemain berkenaan masih dikenakan pergantungan selama 12 bulan.
01:20Mahkamah itu turut mengekalkan denda sebanyak RM350,000 Swiss Francs kira-kira RM1.8 juta terhadap FAM dan menyifatkan hukuman
01:30itu wajar serta seimbang.
Comments

Recommended