Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah itu meningkat berbanding 26 barangan yang dikawal pada pelaksanaan skim sama tahun lalu, dengan penambahan satu barangan iaitu kacang dal (Australia).
Transcript
00:00Sebanyak 27 barangan keperluan disenaraikan di bawah skim harga maksimum musim perayaan SHMMP Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang akan
00:11berkuat kuasa selama 15 hari bermula 14 hingga 28 Mac ini.
00:15Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Seara Hidup KPDN, Dato' Armizan Mohd Ali berkata jumlah itu meningkat berbanding 26 barangan
00:23yang dikawal pada pelaksanaan tahun lalu dengan penambahan kacang dal Australia.
00:31Barangan yang mencatat penurunan harga maksimum ialah daging kerbau import India, sawi hijau, lobak merah China, bawang kuning besar, bawang
00:40merah besar, bawang merah kecil India, bawang putih China, ubi kentang China, halia tua import, cili kering keriting, kelapa biji,
00:50kelapa parut dan santan kelapa.
00:52Sementara itu harga maksimum bagi 9 barangan dikekalkan berbanding tahun lalu iaitu daging lembu tempatan, ikan ayah atau tongkol, ikan
01:01kembung, ikan mabung, ikan selayang, kubis bulat import, timun, tomato, kacang panjang serta kacang tanah.
01:09Hanya satu barangan mencatatkan kenaikan harga maksimum iaitu cili merah.
01:13Di Sarawak, sebanyak 11 barangan mencatat penurunan harga maksimum manakala 3 barangan mengalami kenaikan harga maksimum iaitu kelapa biji, kelapa
01:23parut dan santan kelapa.
01:25Bagi Sabah pula, sebanyak 12 barangan mencatat penurunan harga maksimum dan tiada barangan yang mengalami kenaikan harga di bawah skim
01:32berkenaan.
01:33Armizam berkata, secara keseluruhan, pelaksanaan SHMMP IDP3 tahun ini menunjukkan tren harga yang lebih stabil berbanding tahun lalu.
01:42Kita lihat dari segi harga maksimum itu, sebagian besarnya turun dan kita kekalkan hanya beberapa yang naik atas disebab
01:53antaranya faktor supply daripada luar, jumlah bekalan dan juga cuaca.
02:01Ini khususnya barang-barang yang kita import daripada luar.
02:06Kerajaan HTI ini penting untuk kita memastikan sepanjang tempoh menjelang perayaan dan ketika perayaan tersebut,
02:17permintaan pastinya akan meningkat, maka kita khawatir akan berlaku peningkatan harga.
02:25Itu sebab kerajaan memperkenalkan program skim harga maksimum musim perayaan.
02:31Terima kasih.
02:32Terima kasih.
02:33Terima kasih.
Comments

Recommended