Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri Sanae Takaichi menggesa syarikat meningkatkan pelaburan bagi membangunkan industri strategik.
Transcript
00:00Ekonomi Jepun berkembang lebih kukuh pada suku akhir 2025 berbanding anggaran awal didorong peningkatan perbelanjaan pelaburan korporat ketika Perdana Menteri
00:09Sanai Takaichi menggesa syarikat meningkatkan pelaburan bagi membangunkan industri strategik.
00:15Menurut data semakan semula, keluaran dalam negara kasar KDNK meningkat pada kadar tahunan 1.3% bagi tempoh 3 bulan
00:24hingga Disember berbanding suku sebelumnya.
00:27Pelaburan perniagaan disemak naik kepada pertumbuhan 1.3% berbanding 0.2% dalam anggaran awal.
00:35Bagaimanapun, prospek ekonomi Jepun kini berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat yang meningkatkan harga minyak serta memberi tekanan kepada
00:44ekonomi melalui kos import yang lebih tinggi terutama jika situasi berlarutan.
00:48Dalam masa sama, Jepun turut berusaha mengekalkan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat selepas keputusan mahkamah Amerika terhadap tarif yang diperkenalkan
00:57Presiden Donald Trump.
00:59Ketidaktentuan global juga dijangka mempengaruhi keputusan dasar Monetary Bank of Japan yang dijangka mengekalkan pendirian dasar pada mesyuaratnya 19 Mac
01:08walaupun pasaran melihat kemungkinan kenaikan kadar faedah pada April.
01:12Perbelanjaan pengguna turut disemak lebih tinggi menunjukkan permintaan domestik masih bertahan walaupun inflasi kekal melebihi sasaran 2% Bank Pusat
01:21itu selama 4 tahun berturut-turut hingga 2025.
01:26Namun, laporan berasingan oleh Kementerian Hal Elwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun menunjukkan perbelanjaan isi rumah sebenar pada Januari susut
01:351% berbanding tahun sebelumnya didorong pengurangan perbelanjaan bagi perumahan dan pendidikan.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended